9 Petua Elakkan Mata Tegang Ketika Belajar Kelas Online. Amalkan Untuk Anak-Anak Anda

Semuanya dilakukan secara online bermula dengan bekerja dari rumah sehinggalah belajar juga dari rumah atau PdPR sehinggalah sekolah akan dibuka semula pada 1 Mac 2021 nanti.

Rujuk: Sekolah Dibuka Semula Mulai 1 Mac 2021. Rujuk Jadual Tarikh Disini

Pastinya ibu bapa agak khuatir kerana anak-anak berhadapan dengan komputer atau tablet dalam tempoh masa yang lama dan risau sekiranya ianya menjejas mata anak-anak akibat berada di hadapan komputer melebihi masa.

Jom dapatkan 9 yang boleh diamalkan untuk mengelakkan mata anak anda daripada tegang akibat mengadap komputer terlalu lama kerana mengikuti kelas secara online.

9 PETUA ELAKKAN MATA TEGANG KETIKA KELAS ONLINE

Antara 9 petua yang boleh diamalkan untuk mengelakkan mata tegang kerana mengikuti kelas secara online adalah:

1. Letakkan komputer riba, tablet dan telefon bimbit di atas meja. Seterusnya jarakkan sejauh satu kaki dan ianya boleh mengurangkan radiasi medan elektro magnetik (yang merosakkan mata) sebanyak 80 peratus.

2. Pastikan bilik anak anda mempunyai pencahayaan yang baik untuk mengurangkan kesan kecerahan skrin. Dalam bilik yang gelap, pupil akan melebar dan menyebabkan lebih lagi radiasi memasuki mata lalu sampai ke retina dan ini boleh memenatkan mata.

3. Kurangkan kecerahan dan kontras dalam tetapan komputer untuk mengurangkan silau dan pastikan saiz fon yang optimum untuk dilihat dari sesuatu jarak supaya tiada penegangan bila dibaca.

4. Gunakan penapis skrin komputer. Ini lebih efektif daripada menggunakan cermin mata perlindungan cahaya biru kerana tiada bukti kukuh yang menyokong dakwaan cermin mata sedemikian bermanfaat untuk retina.

5. Pastikan cermin mata anda diperbaharui supaya ralat pembiasannya berada pada tahap optimum. Dengan cara ini, anak anda tidak perlu meletakkan skrin terlalu dekat dengan wajah mereka untuk membaca.

6. Susun semula meja anak anda. Posisi terbaik untuk monitor adalah 10 hingga15 darjah bawah paras mata. Apabila mata memandang ke bawah, pembukaannya kurang lebar. Ini mengurangkan kadar evaporasi air mata dan mengurangkan risiko kekeringan mata.

7. Kerapkan mengelipkan mata untuk pastikan mata sentiasa lembap. Jika mata kering, gunakan ubat titis mata bebas pengawet apabila diperlukan.

8. Ambil masa rehat 15 minit selepas setiap 2 jam berada di depan komputer dan ubahkan tetapan di peranti kepada mod waktu malam untuk membaca pada waktu malam.

9. Pastikan anak anda mendapat tidur selama 8 jam untuk membolehkan penyembuhan permukaan mata pada waktu malam bagi mengelakkan kekeringan mata.

9 Petua Elakkan Mata Tegang Ketika Belajar Kelas Online. Amalkan Untuk Anak-Anak Anda

GEJALA TEGANG MATA

Antara gejala yang menunjukkan anak anda mengalami ketegangan mata ialah:

  • Penglihatan mata yang agak kabur
  • Mata merah
  • Berasa rengsa

AKIBAT TIDAK DIRAWAT

Anda perlu bawa anak dengan segera untuk rawatan dan jika tidak dirawat, ia akan menyebabkan anak anda mengalami masalah seperti berikut:

  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Gangguan tidur
  • Kecelaruan konsentras dan memori
  • Kepeningan
  • Sakit leher dan belakang
  • Kecelaruan Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD)

Terdapat pelbagai faktor mempengaruhi berapa lama seseorang mampu meluangkan masa menggunakan alat elektronik sebelum mata mereka mula menegang.

Dr Shamala Ganesan

Perunding Oftalmologi Pusat Perubatan Prince Court

Sebelum dapatkan rawatan, anda boleh amalkan 9 petua di atas dan galakkan anak-anak untuk kurangkan penggunaan gajet selepas tamat kelas secara online.

Sumber: Dr Shamala Ganesan, Perunding Oftalmologi Pusat Perubatan Prince Court

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.