Percuma! Program Latihan Atas Talian Induksi Keselamatan Pemanduan Berhemah Industri E-Hailing NIOSH
Untuk memastikan pemandu kereta,van,lori dan penunggang motorsikal e-hailing sentiasa berada dalam keadaan yang selamat semasa bekerja, NIOSH telah membangunkan platform latihan asas keselamatan secara atas talian yang boleh disertai oleh semua.
NIOSH juga hanya menyediakan 5,000 penyertaan PERCUMA kepada 5,000 peserta pertama sahaja dan anda perlu membuat permohonan dengan cepat kerana tempat yang disediakan adalah terhad.
Sebelum itu, para usahawan dan peniaga yang belum memohon GKP 3.0 disarankan untuk membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup pada 15 April 2021.
TUJUAN PROGRAM LATIHAN ATAS TALIAN INDUKSI KESELAMATAN PEMANDUAN BERHEMAH E-HAILING
Isi Kandungan
Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan pendedahan asas dan konsep pencegahan kemalangan bagi pekerjaan yang berkaitan dengan keselamatan di jalan raya.
Modul latihan meliputi perundangan jalan raya, penjagaan kenderaan, pengurusan perjalanan dan teknik pemanduan secara berhemah.
Usaha ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan keselamatan jalan raya dan mengurangkan kadar kemalangan di kalangan pemandu dan penunggang kenderaan yang terdedah dengan risiko dan bahaya di jalan raya semasa memberikan perkhidmatan.
OBJEKTIF PROGRAM LATIHAN ATAS TALIAN INDUKSI KESELAMATAN PEMANDUAN BERHEMAH E-HAILING
- Mengurangkan kadar kemalangan di kalangan pemandu dan penunggang motosikal.
- Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam pengurusan pencegahan kemalangan semasa bekerja.
- Memberi keyakinan kepada pemandu bahawa kemalangan dapat dicegah.
- Memberikan perlindungan insurans sekiranya berlaku kemalangan.
MANFAAT PROGRAM LATIHAN ATAS TALIAN INDUKSI KESELAMATAN PEMANDUAN BERHEMAH E-HAILING
Antara manfaat yang bakal diperolehi oleh peserta yang mengikuti program latihan ini ialah:
- Perlindungan Insuran selama 1 tahun di bawah skim insuran berkelompok Etiqa Takaful secara PERCUMA.
- Kadar yuran bagi program latihan ini adalah RM50.00 sahaja.
MANFAAT PERLINDUNGAN INSURANS
Manfaat perlindungan insurans yang diberikan adalah seperti berikut:
CARA MOHON PROGRAM LATIHAN ATAS TALIAN INDUKSI KESELAMATAN PEMANDUAN BERHEMAH E-HAILING
Berminat? Sila sertai dengan membuat permohonan seperti berikut:
- Imbas QR Code pada poster
- Kereta/Van/Lori: https://www.openlearning.com/nioshmalaysia/courses/ehldriver
- Seterusnya klik JOIN NOW untuk mengikuti kursus yang disediakan.
- Lengkapkan borang permohonan dan SUBMIT untuk menghantar permohonan anda.
KAEDAH PROGRAM LATIHAN ATAS TALIAN INDUKSI KESELAMATAN PEMANDUAN BERHEMAH E-HAILING
Kaedah yang akan digunakan untuk Program Latihan Atas Talian Induksi Keselamatan Pemanduan Berhemah E-Hailing adalah secara:
- Atas talian/Online sahaja
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut mengenai Program Latihan Atas Talian Induksi Keselamatan Pemanduan Berhemah E-Hailing, sila dapatkan di:
Atau hubungi NIOSH di:
- 03-8769 2100
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.