Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Negeri Johor Bagi Tahun 2021/1442H

Bersyukur kita kerana sekali lagi dapat merasai bulan Ramadan bagi tahun 2021/1442H serta sama-sama menikmati keberkatan dan kemuliaan yang terkandung dalam bulan tersebut.

Apakah pengisian yang akan anda lakukan sepanjang bulan Ramadan kali ini? Pengisian Ramadan kali ini sewajarnya meliputi perkara-perkara seperti menjalani puasa dengan sebaik mungkin, lebih banyak membaca al-Quran, memahami isi kandungan al-Quran yang dibaca, banyak berzikir, meningkatkan kualiti solat wajib dan kuantiti solat sunat, rajin melaksanakan solat malam, rajin bersedekah, menunaikan zakat, lebih banyak melakukan ibadah bersama keluarga, banyakkan bertaubat, beriktikaf di masjid dan sebagainya.

Anda juga digalakkan untuk bersederhana dalam soal makan, menjaga mulut dari perkataan yang sia-sia, elakkan membazir, banyakkan membaca bahan bacaan yang baik, rajin membantu orang lain, bersangka baik sesama manusia, memerhati dan merenung alam dengan niat mensyukuri nikmat Ilahi, berusaha menjaga hak makhluk Allah SWT yang lain, muhasabah diri dan lain-lainnya.

Baca juga: 7 Sunnah Puasa Gaya Rasulullah S.A.W, Sebaik Berpuasa Adalah Mengikut Sunnah Baginda

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA & IMSAK NEGERI JOHOR

Berikut adalah jadual waktu berbuka dan imsak bagi Negeri Johor:

ZON 1

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Negeri Johor Bagi Tahun 2021/1442H

ZON 2

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Negeri Johor Bagi Tahun 2021/1442H

ZON 3

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Negeri Johor Bagi Tahun 2021/1442H

ZON 4

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Negeri Johor Bagi Tahun 2021/1442H

Tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
Tarikh melihat anak bulan Syawal tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

PERBEZAAN ZAKAT & SEDEKAH

Zakat bermaksud suci, subur dan berkembang. Tetapi makna yang sering digunakan bagi perkataan ini lebih merujuk kepada pengeluaran sejumlah harta tertentu.

Hukum Zakat adalah wajib buat umat Islam dan juga merupakan rukun islam ketiga sebagai langkah untuk menyucikan harta. Apa yang membezakan Zakat dan sedekah adalah Zakat mempunyai kadar yang tertentu dan masa untuk dikeluarkan iaitu setahun sekali.

Sedekah berasal daripada perkataan bahasa Arab sadaqoh yang bermaksud suatu pemberian yang diberikan oleh seorang muslim kepada seorang muslim yang lain secara spontan dan sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu. Berbeza dengan Zakat, hukum sedekah adalah sunat. Mendapat pahala jika dilakukan dan tidak berdosa jika tidak dilaksanakan.

Selain itu, orang ramai berpeluang untuk melakukan sedekah pada bila-bila masa sahaja dan kepada sesiapa sahaja. Perkara ini yang membezakan Zakat dengan sedekah dimana Zakat ditunaikan apabila cukup haul dan nisab kepada 8 asnaf iaitu penerima Zakat.

Jadual Waktu Berbuka Puasa & Imsak Seluruh Negeri Johor Bagi Tahun 2021/1442H

Baca juga: Tips Berpuasa Penuh Di Bulan Ramadan Untuk Pesakit Gastrik

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.