Program Upskilling Penjana Kerjaya ECERDC-UMT Percuma. Semak Syarat Kelayakan & Cara Daftar Disini
Masih mencari program yang sesuai dan percuma untuk tingkatkan kemahiran kerja anda? Jika ya, ini adalah berita menggembirakan buat anda kerana terdapat kursus percuma di bawah program Penjana Kerjaya ECERDC-UMT.
Kursus yang disediakan untuk golongan belia ini adalah Program Upskilling Penjana Kerjaya ECERDC-UMT dan ditawarkan untuk belia negeri Kelantan, Terengganu dan Mersing, Johor.
Cepat rebut peluang yang ditawarkan ini dengan membuat permohonan dengan segera seperti yang dikongsikan disini.
Baca juga: Cara Mohon Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf Yayasan Pendidikan MAIDAM
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PROGRAM UPSKILLING PENJANA KERJAYA ECERDC-UMT
Isi Kandungan
Sekiranya berminat, anda perlu membuat permohonan dengan segera sebelum;
- 10 Mei 2021
KURSUS YANG DITAWARKAN
Terdapat 4 jenis kursus automotif yang ditawarkan seperti berikut:
- Metal Stamping
- Rubber Injection
- Plastic Technician
- CNC Machinist
SYARAT KELAYAKAN PROGRAM UPSKILLING PENJANA KERJAYA ECERDC-UMT
Semak syarat kelayakan Program Upskilling Penjana Kerjaya ECERDC-UMT yang telah ditetapkan iaitu:
- Berumur 18-45 tahun (kakitangan belia).
- Mempunyai SPM / setaraf dan ke atas.
- Keutamaan kepada golongan B40 (hilang pekerjaan / tidak bekerja).
- Warganegara Malaysia dan berasal daripada Wilayah ECERDC.
- Bersedia bekerja di luar Negeri Terengganu (Shah Alam & Lembah Klang)
- Sihat dan cergas tubuh badan.
- Belum pernah menyertai mana mana Program Penjana anjuran ECER.
KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN
Antara kelebihan dan keistimewaan sekiranya anda mengikuti Program Upskilling Penjana Kerjaya ECERDC-UMT:
- Tiada yuran latihan dikenakan.
- Makan dan minum secara percuma.
- Penginapan disediakan.
- Peralatan asas dibekalkan secara percuma.
- Sijil latihan penyertaan.
- Jaminan penempatan pekerjaan 100% di industri automotif selepas tamat program.
CARA MOHON PROGRAM UPSKILLING PENJANA KERJAYA ECERDC-UMT
Anda yang berminat, sila buat pendaftaran di:
- https://forms.gle/f9Jg3hsgXm5C8PLx9
- Isikan maklumat yang diperlukan, klik NEXT dan klik SUBMIT untuk menghantar permohonan anda.
TARIKH TEMUDUGA TERBUKA
Anda juga boleh hadir temuduga terbuka untuk mengikuti Program Upskilling Penjana Kerjaya ECERDC-UMT seperti berikut:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Upskilling Penjana Kerjaya ECERDC-UMT sila hubungi:
- Cik Niza: 01111-941 092
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.