Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf Yayasan Pendidikan MAIDAM

1,478

Yayasan Pendidikan MAIDAM menawarkan penajaan kepada belia asnaf negeri Terengganu yang berminat untuk mengikuti Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf yang akan dijalankan oleh TWI Training Terengganu.

Bagi anda yang berminat, sila buat permohonan dengan segera kerana tempat yang disediakan adalah terhad dan terdapat pelbagai kemudahan disediakan untuk anda sekiranya layak mengikuti Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf ini.

Seterusnya, anda yang berminat untuk mengikuti Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf ini, boleh mendapatkan maklumat cara memohon seperti yang dikongsikan disini.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Anda semua dikehendaki untuk membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup pada:

  • 26 April 2021

TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM

Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf akan dilaksanakan seperti yang dijadualkan pada:

  • 24 Mei 2021

JENIS KURSUS YANG DITAWARKAN

Antara kursus yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Program Pengimpal – WQT 6G – CSWIP
  • Inspektor Kimpalan Visual – 3.0 Tahap 1
  • Pengenalan Pengujian Tanpa Musnah (NDT Appreciation)
  • Sijil OGSP & CIDB Green Card
  • Kelas Bahasa Inggeris

TEMPOH PELAKSANAAN PROGRAM TEKNIKAL KOMPETENSI BELIA ASNAF

Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf akan dilaksanakan selama:

  • 4 bulan

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PROGRAM TEKNIKAL KOMPETENSI BELIA ASNAF

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk memohon Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 25 tahun ke bawah (Boleh memohon dengan menggunakan keputusan percubaan SPM 2020)
  • Berdaftar sebagai Asnaf
  • Lulus SPM
  • Pendapatan isi rumah kurang daripada RM5,000

KELEBIHAN & KEMUDAHAN PROGRAM TEKNIKAL KOMPETENSI BELIA ASNAF

Peserta yang mengikuti Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf akan mendapat kelebihan dan kemudahan seperti berikut:

  • Hostel disediakan
  • Makan dan minum disediakan
  • Elaun bulanan selama 4 bulan
  • Tempoh kursus 16 minggu
  • Perlindungan insuran kemalangan
  • Persijilan antarabangsa: CSWIP-UK
  • Penempatan kerja selepas tamat kursus

CARA MOHON PROGRAM TEKNIKAL KOMPETENSI BELIA ASNAF

Sila muat turun borang permohonan dipautan berikut terlebih dahulu:

  • shorturl.at/eijyB
  • Isikan maklumat yang diperlukan dan klik SUBMIT untuk menghantar permohonan anda.

Cara Mohon Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf Yayasan Pendidikan MAIDAM

  • Muat turun borang permohonan anda dan hantarkan borang permohonan anda bersama dokumen yang lengkap ke:

    Pejabat Yayasan Pendidikan MAIDAM,
    Lot 9&10 Tingkat 1, Bazar MAIDAM,
    Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu,
    Terengganu.

DOKUMEN SOKONGAN

Dokumen sokongan yang diperlukan ketika membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan peserta
  2. Salinan ibubapa/penjaga peserta
  3. Salinan sijil SPM
  4. Salinan kelulusan pengajian terkini
  5. Surat pengesahan gaji/pencen/pendapatan ibubapa
  6. Bil elektrik/air
  7. Salinan sijil kematian/cerai (jika ada)

Cara Mohon Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf Yayasan Pendidikan MAIDAM

Baca juga: Bayar Zakat Dengan Mudah Melalui Aplikasi Tulus. Download & Bayar Zakat Anda Sekarang

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf sila hubungi Yayasan Pendidikan MAIDAM di:

  • 09-622 3500
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...