Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Program Upskilling Penjana Kerjaya ECERDC-UMT Percuma. Semak Syarat Kelayakan & Cara Daftar Disini

1,975

Masih mencari program yang sesuai dan percuma untuk tingkatkan kemahiran kerja anda? Jika ya, ini adalah berita menggembirakan buat anda kerana terdapat kursus percuma di bawah program Penjana Kerjaya ECERDC-UMT.

Kursus yang disediakan untuk golongan belia ini adalah Program Upskilling Penjana Kerjaya ECERDC-UMT dan ditawarkan untuk belia negeri Kelantan, Terengganu dan Mersing, Johor.

Cepat rebut peluang yang ditawarkan ini dengan membuat permohonan dengan segera seperti yang dikongsikan disini.

Baca juga: Cara Mohon Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf Yayasan Pendidikan MAIDAM

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PROGRAM UPSKILLING PENJANA KERJAYA ECERDC-UMT

Sekiranya berminat, anda perlu membuat permohonan dengan segera sebelum;

  • 10 Mei 2021

KURSUS YANG DITAWARKAN

Terdapat 4 jenis kursus automotif yang ditawarkan seperti berikut:

  • Metal Stamping
  • Rubber Injection
  • Plastic Technician
  • CNC Machinist

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM UPSKILLING PENJANA KERJAYA ECERDC-UMT

Semak syarat kelayakan Program Upskilling Penjana Kerjaya ECERDC-UMT yang telah ditetapkan iaitu:

  • Berumur 18-45 tahun (kakitangan belia).
  • Mempunyai SPM / setaraf dan ke atas.
  • Keutamaan kepada golongan B40 (hilang pekerjaan / tidak bekerja).
  • Warganegara Malaysia dan berasal daripada Wilayah ECERDC.
  • Bersedia bekerja di luar Negeri Terengganu (Shah Alam & Lembah Klang)
  • Sihat dan cergas tubuh badan.
  • Belum pernah menyertai mana mana Program Penjana anjuran ECER.

KELEBIHAN & KEISTIMEWAAN

Antara kelebihan dan keistimewaan sekiranya anda mengikuti Program Upskilling Penjana Kerjaya ECERDC-UMT:

  • Tiada yuran latihan dikenakan.
  • Makan dan minum secara percuma.
  • Penginapan disediakan.
  • Peralatan asas dibekalkan secara percuma.
  • Sijil latihan penyertaan.
  • Jaminan penempatan pekerjaan 100% di industri automotif selepas tamat program.

CARA MOHON PROGRAM UPSKILLING PENJANA KERJAYA ECERDC-UMT

Anda yang berminat, sila buat pendaftaran di:

TARIKH TEMUDUGA TERBUKA

Anda juga boleh hadir temuduga terbuka untuk mengikuti Program Upskilling Penjana Kerjaya ECERDC-UMT seperti berikut:

Program Upskilling Penjana Kerjaya ECERDC-UMT Percuma. Semak Syarat Kelayakan & Cara Daftar Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Upskilling Penjana Kerjaya ECERDC-UMT sila hubungi:

  • Cik Niza: 01111-941 092
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...