Cara Mohon Bantuan RM500 Kepada Golongan B40 & Penerima BPR. Agihan Bermula Jun 2021
Pada 17 Mei 2021 yang lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa kerajaan bersetuju memberi bantuan tunai sekali bayar sebanyak RM500 kepada golongan B40 yang kehilangan pendapatan.
Peruntukan adalah sebanyak RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima yang layak untuk menerima bantuan sebanyak RM500 ini.
Apakah cara untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan tunai one-off RM500 ini? Teruskan bacaan anda dan dapatkan cara untuk membuat permohonan bantuan RM500 yang disediakan oleh kerajaan.
TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI ONE-OFF RM500
Isi Kandungan
Tarikh bayaran bantuan tunai one-off RM500 adalah bermula pada:
- Jun 2021
RM500 akan dikreditkan ke akaun penerima masing-masing.
Baca juga: Tarikh Pembayaran Tunai BPR 2021 Fasa 2 & Cara Semakan Nombor Baucer
GOLONGAN SASARAN PENERIMA BANTUAN TUNAI ONE-OFF RM500
Penerima Bantuan Tunai One-Off RM500 adalah seperti berikut:
- Golongan B40 yang kehilangan pekerjaan
- Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.
CARA MOHON BANTUAN TUNAI ONE-OFF RM500
Untuk pengetahuan anda, Bantuan Tunai One-Off RM500 ini:
- Tidak membuat pendaftaran permohonan
- Penerima berumur antara 21-60 tahun sahaja
- Bayaran akan dikreditkan ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui LHDNM, PERKESO dan KWSP.
- Individu berstatus bankrap juga diberi kelonggaran untuk membuka akaun bank secara dalam talian bagi memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan melalui permohonan e-mel kepada jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.
- Semak akaun anda selepas tarikh bayaran yang akan diumumkan nanti.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Bantuan Tunai One-Off RM500 sila hubungi LHDNM di:
- Hotline BPR LHDNM: 1 800 88 2747
- Hotline BPR MoF: 03 8882 4565 / 03 8882 4566
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.