Pada sambutan Hari Belia yang lepas, telah diumumkan bahawa para belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sepenuh masa bakal menerima kredit sebanyak RM150 melalui e-Wallet eBelia.
Seperti sedia maklum juga bahawa penebusan untuk kredit RM150 eBelia ini boleh dilakukan mulai 1 Jun 2021 mengikut aplikasi eWallet masing-masing.
Ia juga bertujuan untuk menggalakkan para belia dan pelajar IPT untuk mengurangkan penggunaan wang secara tunai bagi sepanjang tempoh pandemik Covid-19 yang semakin menular kini.
Dapatkan cara membuat tebusan kredit RM150 eBelia bagi anda yang menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet melalui perkongsian ini.
Baca juga: Daftar & Tebus Kredit Percuma e-Belia RM150 Boost e-Wallet. Ini Cara Daftarnya
INFO RINGKAS TNG EWALLET
Isi Kandungan
TNG eWallet merupakan dompet elektronik (e-dompet) yang mengandungi wang elektronik (e-wang). Perkhidmatan aplikasi mudah alih ini ditawarkan oleh TNG Digital Sdn Bhd (TNGD).
TNG eWallet menyediakan perkhidmatan seperti tambah nilai, pembayaran, dan pemindahan wang melalui telefon pintar anda pada bila-bila masa di mana-mana jua di Malaysia.
PERKHIDMATAN TNG EWALLET
TNG eWallet menyediakan pelbagai perkhidmatan menarik yang memudahkan urusan seharian anda seperti:
- Pindahan wang ke pengguna TNG eWallet yang lain
- Tambah nilai prabayar telefon anda
- Membayar bil utiliti dan pascabayar anda
- Beli tiket wayang
- Pembayaran kod QR di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
- Pembayaran kod QR dinamik di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
- Untuk membayar tol melalui kaedah RFID dan PayDirect
TARIKH PENEBUSAN KREDIT EBELIA EWALLET RM150
Tarikh bagi penebusan untuk kredit RM150 eBelia untuk semua jenis aplikasi ini adalah bermula pada:
- 1 Jun 2021
SYARAT PENEBUSAN KREDIT RM150 EBELIA
Syarat untuk penebusan kredit RM150 eBelia adalah:
- Belia berumur 18 hingga 20 tahun
- Belia yang sedang belajar di IPT secara sepenuh masa sahaja
CARA TEBUS KREDIT RM150 EBELIA TOUCH N GO EWALLET
Untuk membuat penebusan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan seperti berikut:
- Klik EBELIA CREDIT pada aplikasi TNG eWallet anda.
- Klik LET’S GO dan ambil gambar kad pengenalan/MyKad anda depan dan belakang.
- Seterusnya ambil gambar selfie anda dengan jelas seperti yang diperlukan.
- Akhir sekali tunggu dalam tempoh 48 jam untuk akaun anda diverifikasikan.
- Selepas itu, selamat berbelanja!
TUKAR NOMBOR TELEFON
Bagi anda yang ingin menukar nombor telefon dan masih lagi ingin menggunakan akaun Touch n Go Ewallet yang sedia ada, berikut adalah langkah-langkah untu menukar nombor telefon yang boleh dijadikan panduan:
- Klik pada ikon “Profile” di bahagian atas sebelah kanan halaman utama app
- Pilih “Setting” diikuti dengan “Change Mobile Number”
- Jawab Soalan Keselamatan
- Masukkan nombor telefon mudah alih baharu anda
- Masukkan OTP yang dihantar ke nombor telefon baharu anda.
Baca juga: Jom Tebus Kredit Percuma RM150 e-Belia ShopeePay. Ini Cara Daftar & Aktifkannya
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut mengenai tebusan RM150 kredit eBelia sila dapatkan di:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.