Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Diskaun Eksklusif Untuk Warga Emas Janji Temu Vaksinasi, Promosi Pengangkutan Grab & Ini Cara Tempah

1,216

Demi membantu warga emas memudahkan perjalanan untuk menghadiri janji temu di pusat vaksinasi, Grab telah mengadakan promosi dengan diskaun ekskulisif untuk golongan ini mulai 7 Jun 2021.

Program ini diperkenalkan kerana terdapat banyak rungutan mengenai masalah pengangkutan menjadi punca utama warga emas tidak menghadiri janji temu vaksinasi yang telah dijadualkan kepada meraka.

Program ini juga merupakan inisiatif yang terkini di antara beberapa siri inisiatif Grab bagi menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dianjurkan oleh kerajaan.

Baca juga: Total Lockdown Sehingga 14 Jun 2021, Bayaran GKP Dinaikkan Sehingga RM1,500 Melalui PEMERKASA PLUS Dibayar Jun Hingga Julai Ini

INFO RINGKAS PROGRAM DISKAUN EKSKLUSIF WARGA EMAS

  • Promosi ini merangkumi perjalanan untuk janji temu pengambilan kedua-dua dos vaksin yang diperlukan.
  • Sumbangan Grab untuk menyokong usaha kerajaan dalam proses vaksinasi kebangsaan.
  • Memudahkan rakyat Malaysia divaksinasi dengan segera dan mencapai matlamat imuniti kelompok, masyarakat boleh menjalani proses pemulihan dan pada masa sama membantu membina semula ekonomi negara.

GOLONGAN SASARAN

Golongan sasaran untuk program ini ialah:

  • Warga emas yang tidak mempunyai kenderaan atau pengangkutan sendiri, Grab telah menyediakan lokasi drop-off yang jelas di semua pusat-pusat vaksinasi di seluruh negara.

Diskaun Eksklusif Untuk Warga Emas Janji Temu Vaksinasi, Promosi Pengangkutan Grab & Ini Cara Tempah

CARA-CARA MEMBUAT TEMPAHAN PROMOSI EKSKLUSIF GRAB WARGA EMAS

Bagi memudahkan urusan warga emas hadir ke pusat vaksinasi, langkah-langkah untuk membuatvtempahan adalah seperti berikut:

  • Daftar untuk akaun Grab dan sahkan umur anda di GrabPay yang disahkan pada 7 Jun 2021. Lengkapkan pendaftaran KNOW YOUR CUSTOMER terlebih dahulu.
  • Salin dan tampal kod promosi dari peti emel anda ke dalam tab TAWARAN yang akan dihantar pada 12 Jun 2021.
  • Pada hari janji temu berkenaan, tempah perkhidmatan kenderaan Grab (terbuka untuk semua jenis perkhidmatan kenderaan Grab) dengan memasukkan lokasi pusat vaksinasi.
  • Promosi ini boleh digunakan untuk semua kaedah pembayaran di Grab.
  • Selepas selesai vaksinasi mereka, para pengguna kemudiannya boleh menempah perkhidmatan kenderaan Grab dari pusat vaksinasi berkenaan ke rumah masing-masing.

Diskaun Eksklusif Untuk Warga Emas Janji Temu Vaksinasi, Promosi Pengangkutan Grab & Ini Cara Tempah

Bagi anda yang mempunyai ahli keluarga dari golongan warga emas, digalakkan untuk membantu mereka melengkapkan pendaftaran dan anda dialu-alukan untuk mewar-warkan promosi yang ditawarkan oleh Grab ini.

Baca juga: Langkah-Langkah Renew Lesen & Roadtax Sepanjang Lockdown (1 Jun-14 Jun 2021), Online Melalui mySikap

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...