4 Jawatan Kosong Di Majlis Bandaraya Johor Bahru Untuk Diisi. Semak Cara Mohon Disini

Masih belum temui pekerjaan yang sesuai dengan anda? Jika masih lagi belum mendapat sebarang pekerjaan yang sesuai dengan anda, apakata anda cuba memohon salah satu daripada 4 jawatan yang ditawarkan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Jawatan yang ditawarkan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru diutamakan kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.

Semak senarai jawatan yang ditawarkan serta syarat kelayakan permohonan melalui perkongsian ini.

SENARAI JAWATAN YANG DITAWARKAN

Senarai jawatan yang ditawarkan untuk diisi kekosongan adalah seperti berikut:

BIL JAWATAN KLASIFIKASI PERKHIDMATAN GRED TARAF JAWATAN
1 Penolong Jurutera Kejuruteraan JA29 Tetap
2 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kesihatan U29 Tetap
3 Penolong Juruaudit Kewangan W29 Tetap
4 Pembantu Penguatkuasa Keselamatan dan Pertahanan Awam KP19 Tetap

JADUAL GRED GAJI

Semak jadual gred gaji mengikut jawatan seperti berikut:

GRED GAJI PERMULAAN GAJI AKHIR
Gred JA29 RM1,549.00 RM5,701.00
Gred U29 RM1,797.00 RM5,753.00
Gred W29 RM1,498.00 RM5,678.00
Gred KP19 RM1,360.00 RM4,052.00

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan jawatan di Majlis Bandaraya Johor Bahru adalah pada:

  • 2 Jun 2021

SYARAT LANTIKAN

Semak syarat lantikan untuk permohonan jawatan seperti berikut:

4 Jawatan Kosong Di Majlis Bandaraya Johor Bahru Untuk Diisi. Semak Cara Mohon Disini

CARA MOHON JAWATAN MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU

Untuk mohon jawatan di Majlis Bandaraya Johor Bahru, berikut adalah langkah-langkah yang boleh dijadikan rujukan anda:

  • Muat turun borang dari pautan: https://www.mbjb.gov.my
  • Isikan maklumat dengan lengkap.
  • Hantar borang permohonan yang telah lengkap ke alamat berikut:

    DATUK BANDAR
    MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
    NO. 1, JALAN LINGKARAN DALAM
    BUKIT SENYUM
    80300 JOHOR BAHRU

DOKUMEN SOKONGAN

Pastikan permohonan anda lengkap dengan mengemukakan bersama dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  1. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  2. Salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR)
  3. Salinan transkrip pengajian
  4. Salinan sijil Diploma/Ijazah
  5. Salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA melalui laman web interaktif http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm (Sijil / Diploma / Ijazah)
  6. Salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan
  7. Salinan Lesen Kelas Memandu
  8. Salinan kad pengenalan
  9. Salinan sijil kelahiran
  10. Gambar berukuran pasport terbaru

Nota:

  • Pastikan semua salinan dokumen telah disahkan sebelum dihantar.
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga
  • Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab calon sendiri.
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Baca juga: Program On Job Training Pakar Penuai (Harvesting Specialist/Cutter). Dapatkan Cara Mohon Disini

UPDATE TERKINI JAWATAN KOSONG

Sebarang update terkini mengenai jawatan kosong, anda boleh layari laman web  berikut:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.