Prof Muhaya Dikecam Kerana Perempuan Perlu Jadi Bodoh-Bodoh Sikit & Lemah Lembut Baru Lelaki Suka? Betul Ke?

Hangat diperkatakan di media sosial kini mengenai pernyataan oleh Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad mengenai satu topik yang agak sensitif bagi kalangan kaum wanita iaitu “Kenapa Wanita Lambat Mendapat Jodoh?”.

Ini. adalah kerana terdapat satu sedutan daripada video tersebut kata-katanya agak mengguris hati para wanita diseluruh Malaysia sehingga menjadi perdebatan di dalam pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan juga di TikTok.

Rata-rata tidak bersetuju dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh pakar bedah dan motivator terkenal, Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad ini.

Jom kita lihat apakah pernyataan tersebut sehingga ramai betul kaum wanita di seluruh Malaysia panas sampai ke hari ini.

KENAPA WANITA LAMBAT DAPAT JODOH?

Pada mulanya perbincangan adalah mengenai tajuk utama iaitu “Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh” sehinggalah Datuk Prof Dr. Muhaya Mohamad berkata:

“Jangan sibuk nak liberate nak berdiri sama-sama lelaki, no. Nanti you all sibuk nak buat apa lelaki nak buat, testosterone meningkat dan bagi siapa belum kahwin, lambat jodoh”

“Siapa tinggi testosterone, asyik nak drive, nak achieve, nak independent, memanglah. Orang lelaki suka perempuan lembut-lembut, high estrogen, mengharapkan, perlu ditolong, biarlah macam bodoh-bodoh sikit, itu boleh lah. Sesiapa yang lambat jodoh tu you kena tengok karakter you macam mana.”

Ayat yang disampaikan ini mempunyai banyak pengertian dan terdapat pro serta kontranya.

Mungkin maksud Prof Muhaya beliau meminta agar kaum wanita lebih berlemah lembut agar disukai lelaki seterusnya cepat mendapat jodoh.

Almaklumlah, secara alaminya lelaki sukakan wanita yang lemah lembut dan tidak kasar dalam setiap tindakan.

Namun,, pada zaman kini harus diingat, kebanyakan wanita berdikari dan bekerja sendiri untuk menampung kehidupan seharian.

SEDUTAN VIDEO KENAPA WANITA LAMBAT DAPAT JODOH?

Berikut adalah sedutan video yang hangat dibincangkan ketika ini. Anda dengar dan huraikan maksudnya mengikut kefahaman anda, ya!

CIRI CALON WANITA SYURGA

Bagaimana caranya golongan wanita boleh meraih syurga ALLAH ini?

Di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW, ada disebutkan empat ciri-ciri wanita idaman syurga.

Sabda baginda SAW: “Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang isteri-isteri kamu yang termasuk dalam penghuni syurga? Iaitu wanita yang mencintai suami, mempunyai anak yang ramai dan selalu meminta maaf kepada suaminya. Sekiranya dia menyakiti ataupun disakiti, dia segera berjumpa suaminya dan memegang tangannya lalu berkata, ‘Demi ALLAH, aku tidak akan tidur sebelum engkau reda kepadaku’.” (Riwayat an-Nasai’)

4 CIRI WANITA TERBAIK

Terdapat 4 ciri wanita terbaik boleh dijadikan jodoh mengikut panduan Rasulullah SAW iaitu:

  1. Agamanya
  2. Hartanya
  3. Keturunannya
  4. Kecantikannya
“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Keempat-empat faktor tersebut adalah ciri yang ideal dalam memilih seseorang wanita sebagai pedamping hidup. Pun begitu, aspek ketinggian agamanya menjadi unsur terpenting dalam menjadikan keluarga tersebut lebih sakinah mawaddah warahmah. Hal ini jelas ditegaskan oleh Rasulullah SAW agar seorang lelaki itu memilih wanita yang mengamalkan agama Islam bagi menjanjikan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Jadi, adakah betul perempuan perlujadi bodoh-bodoh sikit untuk disukai lelaki?

Tepuk dada, tanyalah selera. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Salam Alliance Tawarkan RM150 Harian Untuk Menjadi Sukarelawan Vaksin Covid-19 Mega PPV. Mohon Segera!

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.