Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak dan mencorakkan masa hadapan mereka. Kegagalan ibu bapa dalam perkara ini akan menyebabkan anak terabai sehingga menimbulkan pelbagai masalah sosial.
Anak ialah permata yang perlu digilap setiap masa dan ketika. Pelbagai pendekatan dan kaedah serta cara mesti dilakukan untuk mendidik mereka.
Namun terdapat tahap-tahap yang mana ibu bapa perlu tahu ketika bergurau senda agar ia tidak mengganggu sensitiviti seksualiti anak-anak apabila bersama dan bergurau dengan mereka.
PERKEMBANGAN SEKSUAL ANAK
Isi Kandungan
Kebanyakan ibu bapa menyatakan bahawa mengajar dan mendidik anak mengenai perkembangan seksual anak, ia perkara yang agak sukar untuk dilaksana dan dijelaskan.
Ini kerana pada usia ini, anak-anak sememangnya mempunyai keinginan untuk meneroka perkara baharu termasuklah tingkah laku anak yang akan menyentuh, menarik dan menggosok anggota badan termasuklah alat kelamin mereka.
5 PRIVATE PART IBU BAPA DILARANG BERGURAU DENGAN ANAK
Tidak menjadi masalah kepada anda sekiranya anak-anak anda masih lagi bayi kerana mereka tidak mempunyai apa-apa rasa ketika dicium, digomol perutnya dan dipegang-pegang punggung ketika menukar pampers terutamanya.
Tetapi jika anak-anak anda sudah menjangkau usia 4 tahun ke atas, sila elakkan untuk melakukan perbuatan berikut:
1. TAK BOLEH CIUM DI MULUT
2. TAK BOLEH MENJILAT TELINGA
3. TAK BOLEH GOSOK PUNGGUNG & ALAT SULIT ANAK
4. TAK BOLEH PELUK ANAK TANPA PAKAIAN
5. TAK BOLEH TUNJUK PUNGGUNG ATAU ALAT SULIT DEPAN ANAK
Satu lagi, jika mandi bersama anak-anak di dalam bilik air, pastikan anda memakain kain basahan atau baju ya!
Jadi, sebagai ibu bapa anda perlu alert dengan semua perkara yang telah dinyatakan diatas.
Mainkan peranan anda dan pastikan anda tidak melakukan kelima-lima perkara tersebut dan jadilah contoh yang baik buat anak-anak anda.
Baca juga: Cara Daftar Anak-Anak Ke TABIKA KEMAS Sesi 2022 Secara Online Bermula 1 Jun 2021
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.