Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Surat MITI CIMS 3.0 Tarikh 1 Jun 2021 Boleh Dipakai Untuk Lanjutan PKP 3.0 Sehingga 28 Jun 2021. Tak Perlu Renew

2,206

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah dilanjutkan tarikhnya selama 2 minggu lagi bermula 15 Jun 2021 sehingga 28 Jun 2021.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,keputusan itu dibuat selepas mengambil kira jumlah kes harian masih melebihi 5,000 sehari dengan purata kes baharu hingga semalam ialah 6,871.

Jadi, bagaimana dengan mereka yang perlu bekerja dan perlu mengemukakan dokumen untuk perjalana ke tempat kerja seperti surat MITI CIMS 3.0? Adakah perlu membuat permohonan baru atau bagaimana?

Baca juga: Terkini: Permohonan Beroperasi Perniagaan Sepanjang Tempoh Total Lockdown Perlu Melalui CIMS 3.0 MITI. Ini Caranya

TIDAK PERLU RENEW/PERMOHONAN BAHARU

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui laman Facebook rasmi mereka telah menyatakan bahawa majikan atau pekerja tidak perlu membuat permohonan baharu atau memperbaharui surat MITI untuk melakukan perjalanan ke tempat kerja masing-masing atau untuk beroperasi sepanjang tempoh lanjutan tarikh PKP 3.0.

Surat MITI CIMS 3.0 Tarikh 1 Jun 2021 Boleh Dipakai Untuk Lanjutan PKP 3.0 Sehingga 28 Jun 2021. Tak Perlu Renew

TIPS MUDAHKAN PEMERIKSAAN SEKATAN JALAN RAYA

Bgai anda yang membuat perjalanan ke tempat kerja masing-masing pula digalakkan untuk mengikut tips yang dikongsikan MITI iaitu membawa salinan fizikal dokumen sokongan pergerakan berikut bersama anda:

  • Surat CIMS 3.0 MITI
  • Pas pekerja atau surat Majikan

Surat MITI CIMS 3.0 Tarikh 1 Jun 2021 Boleh Dipakai Untuk Lanjutan PKP 3.0 Sehingga 28 Jun 2021. Tak Perlu Renew

Pastikan dokumen sokongan pergerakan ini adalah yang dikeluarkan oleh 19 Kementerian dan Agensi yang telah dipertanggungjawabkan.

Rujuk: Terkini: 19 Senarai Kementerian & Agensi Memproses Permohonan Syarikat-Syarikat Beroperasi Sepanjang PKP 3.0 (CIMS 3.0)

Nota: Orang ramai diingatkan tidak memalsukan atau memberikan maklumat palsu ketika membuat permohonan surat atau permit pergerakan daripada pihak berkuasa.

PATUHI ARAHAN & JANGAN LANGGAR SOP

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menegaskan bahawa orang ramai untuk mematuhi arahan dan jangan langgar SOP sepanjang tempoh penguatkuasaan tarikh baharu PKP 3.0.

Beliau juga menyatakan bahawa PDRM mengeluarkan sejumlah 9,808 kompaun dan melakukan 542 tangkapan atas pelbagai kesalahan pelanggaran SOP bagi tempoh sama.

Kementerian itu, melalui agensi penguatkuasaannya akan terus memantapkan pemantauan terhadap SOP sepanjang lanjutan sekatan pergerakan penuh dijadualkan hingga 28 Jun ini.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...