Terkini: Permohonan Beroperasi Perniagaan Sepanjang Tempoh Total Lockdown Perlu Melalui CIMS 3.0 MITI. Ini Caranya

Jika sebelum ini sektor ekonomi yang ingin beroperasi dan pekerja yang perlu hadir bekerja sepanjang tempoh lockdown perlu mendapatkan surat kebenaran mengikut kementerian dan sektor masing-masing.

Malahan surat kebenaran beroperasi dan perjalanan untuk bekerja juga telah terbatal secara automatik bermula 1 Jun 2021 dan perlu dipohon semula bermula 1 Jun 2021 untuk meneruskan operasi seperti biasa.

Terkini, melalui sidang khas MKN telah memutuskan agar segala surat kebenaran berkaitan pengoperasian diselaraskan oleh MITI setelah mendapat pengesahan oleh kementerian yang telah dipertanggungjawabkan.

INFO RINGKAS CIMS 3.0 MITI

Surat kebenaran beroperasi bagi sektor-sektor ekonomi perlu yang dibenarkan kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 hingga 14 Jun ini perlu dimohon melalui portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 yang diseliakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Dalam kenyataan pada Isnin, MITI berkata, sehubungan itu sektor-sektor ekonomi berkenaan boleh mengakses portal CIMS 3.0 untuk mendapatkan surat kelulusan beroperasi sekiranya belum menerima kelulusan untuk beroperasi mulai esok, melalui pautan notification.miti.gov.my.

Terkini: Permohonan Beroperasi Perniagaan Sepanjang Tempoh Total Lockdown Perlu Melalui CIMS 3.0 MITI. Ini Caranya

TARIKH & MASA DAFTAR KEBENARAN BEROPERASI

Untuk pengetahuan anda:

  • Syarikat-syarikat yang sudah tersedia berdaftar di CIMS 3.0 tidak perlu mendaftar semula dan boleh terus memuat turun surat kebenaran beroperasi bermula 8 malam 31 Mei 2021.
  • Majikan yang masih belum mendaftar, boleh berbuat demikian bermula 8 pagi 1 Jun 2021.

Pergerakan pekerja bagi sektor-sektor ini boleh menggunakan surat CIMS 3.0 daripada MITI dan surat pengesahan lantikan daripada majikan atau pas pekerja untuk hadir bekerja seperti biasa.

Rujuk: Bidang Kuasa Kementerian Atau Agensi Kawal Selia & Sektor Yang Dibenarkan Beroperasi Sepanjang Tempoh Lockdown

SENARAI PERKHIDMATAN PERLU YANG DIBENARKAN BEROPERASI SEPANJANG PKP 3.0 (1 HINGGA 14 JUN 2021)

Terdapat 2 bahagian senarai perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKP 3.0 ini iaitu:

1. Senarai Perkhidmatan Perlu bagi sektor ekonomi dan sosial yang dibenarkan beroperasi

  1. Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan
  2. Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar
  3. Air
  4. Tenaga
  5. Keselamatan (security and safety), pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan
  6. Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan
  7. Pengangkutan melalui darat, air atau udara
  8. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman, dan penyimpanan atau pemukalan komoditi
  9. Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran (bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja)
  10. Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal
  11. Kredit komuniti (pajak gadai dan Ar-rahnu)
  12. E-dagang dan teknologi maklumat
  13. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir
  14. Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan)
  15. Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal
  16. Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar
  17. Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu

2. Sektor Pembuatan yang dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu

  1. Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and overhaul – MRO)
  2. Makanan dan minuman
  3. Bahan pembungkusan dan percetakan
  4. Barang-barang penjagaan diri, dan bahan pencuci
  5. Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet
  6. Peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran
  7. Komponen bagi peranti perubatan
  8. Elektrikal dan Elektronik
  9. Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia
  10. Produk kimia
  11. Mesin dan peralatan
  12. Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja
  13. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir

CARA DAFTAR PERNIAGAAN MELALUI CIMS 3.0 MITI

Majikan yang ingin mendaftar perniagaan dan memohon CIMS 3.0 MITI yang terkini boleh berbuat demikian seperti berikut:

Terkini: Permohonan Beroperasi Perniagaan Sepanjang Tempoh Total Lockdown Perlu Melalui CIMS 3.0 MITI. Ini Caranya

Terkini: Permohonan Beroperasi Perniagaan Sepanjang Tempoh Total Lockdown Perlu Melalui CIMS 3.0 MITI. Ini Caranya

MUAT TURUN SURAT KEBENARAN OPERASI PERNIAGAAN CIMS 3.0 MITI

Setelahsiap membuat pendaftaran dan permohonan, anda boleh memuat turun surat kebenaran seperti berikut:

Terkini: Permohonan Beroperasi Perniagaan Sepanjang Tempoh Total Lockdown Perlu Melalui CIMS 3.0 MITI. Ini Caranya

SOALAN LAZIM (FAQ) PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 3.0 BERTARIKH 1 HINGGA 14 JUN 2021 KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

Baca juga: Cara Mohon Syarikat Beroperasi Sepanjang PKP Melalui CIMS MITI

SIARAN MEDIA

Terkini: Permohonan Beroperasi Perniagaan Sepanjang Tempoh Total Lockdown Perlu Melalui CIMS 3.0 MITI. Ini Caranya

Terkini: Permohonan Beroperasi Perniagaan Sepanjang Tempoh Total Lockdown Perlu Melalui CIMS 3.0 MITI. Ini Caranya

Terkini: Permohonan Beroperasi Perniagaan Sepanjang Tempoh Total Lockdown Perlu Melalui CIMS 3.0 MITI. Ini Caranya

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai CIMS MITI sila dapatkan di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.