Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Ciri Baharu Pada MySejahtera Mudahkan Ibu Hamil & Menyusukan Anak Untuk Urusan Vaksinasi

893

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, berkata ciri baharu aplikasi MySejahtera akan diperkenalkan pada hujung minggu ini untuk memudahkan ibu hamil dan ibu yang menyusukan bayi untuk urusan vaksinasi.

Melalui aplikasi tersebut juga, Ibu hamil dan menyusukan anak kini boleh memaklumkan keadaan mereka melalui aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19.

Baca juga: Tahukah Anda Mengenai Fungsi Masa Di MySejahtera Pantau Had 2 Jam Maksimum Setiap Pelanggan

TUJUAN CIRI BAHARU DIPERKENALKAN

Tujuan sebenar ciri baharu pada MySejahtera diperkenalkan adalah untuk:

  • Mengenalpasti ibu hamil dan ibu menyusu

Jadi, Ibu hamil atau ibu menyusukan anak boleh mengenalpasti diri untuk janji temu diberikan kepada mereka bagi menerima vaksin.

TEMPOH SESUAI VAKSIN IBU HAMIL

Pemberian vaksin untuk golongan itu disyorkan untuk ibu yang hamil adalah:

  • Antara 14 hingga 33 minggu

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin,vaksin Pfizer disyorkan diberikan kepada ibu hamil dan menyusu manakala setakat ini vaksin keluaran AstraZeneca hanya akan diberikan kepada ibu menyusu saja.

Ibu menyusu anak yang sebelum ini tidak dibenarkan mengambil vaksin AstraZeneca akan dihubungi untuk diberikan tarikh janji temu baharu.

Individu terbabit juga boleh menghubungi talian PICK untuk mendapatkan janji temu baharu.

Ciri Baharu Pada MySejahtera Mudahkan Ibu Hamil & Menyusukan Anak Untuk Urusan Vaksinasi

MAKLUMAN TEMUJANJI VAKSINASI

Prosedur Temujanji Vaksinasi Yang Perlu Ada Patuhi Sepanjang PKP 3.0

CARA DAFTAR IBU HAMIL & MENYUSU UNTUK VAKSIN DI MYSEJAHTERA

Untuk membuat pendaftaran ibu hamil dan menyusu di MySejahtera anda hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut:

  • Log masuk ke aplikasi MySejahtera
  • Update MySejahtera dan maklumat anda
  • Jawab soalan-soalan yang diperlukan dengan betul dan tepat

Ciri Baharu Pada MySejahtera Mudahkan Ibu Hamil & Menyusukan Anak Untuk Urusan Vaksinasi

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS TEMUJANJI

Pemohon yang sudah menerima SMS boleh menyemak status temu janji di:

Semak temujanji anda dengan menggunakan nombor kad pengenalan atau pasport dan nombor telefon berdaftar.

Anda juga perlu sahkan kehadiran dalam masa 48 jam. Jika tidak berjaya menjawab atau anda menjawab TIDAK, tarikh anda akan dijadualkan semula.

Baca juga: 3 Fasa Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Bermula Akhir Februari

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...