7,600 Bilik Percuma Untuk Kempen Daftar untuk Vaksin, Dapat 1 Bulan Subsidi Sewa Bilik Percuma. Siapa Cepat, Dia Dapat!
Bukan senang nak dapatkan bilik sewa secara percuma selama sebulan dalam situasi yang kita lalui sekarang.
Namun, untuk menggalakkan orang ramai membuat pendaftaran vaksin Covid-19, syarikat GFG Group telah mengadakan satu kempen iaitu Daftar untuk Vaksin, Dapat 1 Bulan Subsidi Sewa Bilik Percuma.
Jadi, siapa yang nak dapatkan sewa bilik percuma selama 1 bulan, jomlah daftar untuk vaksin mulai sekarang!
TUJUAN KEMPEN DAFTAR UNTUK VAKSIN, DAPAT 1 BULAN SUBSIDI SEWA BILIK PERCUMA
Isi Kandungan
Kempen ini adalah bertujuan:
- Pihak penyedia kemudahan bilik memahami bahawa penyewa mereka berdepan dengan cabaran untuk membayar sewa berikutan kekangan kewangan akibat hilang pendapatan atau tidak bekerja dan ia menjejaskan kehidupan ramai orang.
- Menggalakkan orang ramai menyertai program vaksinasi kerajaan dalam usaha mencapai sasaran 80 peratus atau 25 juta rakyat Malaysia divaksinasi menjelang akhir tahun ini.
TARIKH KEMPEN
Tempoh kempen berlangsung mulai:
- 15 jun 2021 hingga 31 Julai 2021
JUMLAH BILIK PERCUMA DISEDIAKAN
Jumlah bilik percuma yang disediakan kepada mereka yang layak ialah sebanyak:
- 7,600 bilik ditawarkan
Subsidi sewa ini sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat itu ditanggung sepenuhnya oleh kedua-dua syarikat.
FAEDAH DITAWARKAN
Antara faedah yang ditawarkan untuk anda pula ialah:
- Sifar deposit
- Utiliti percuma
Ia juga disediakan kepada semua penyewa bagi membantu meringankan beban kewangan mereka untuk jangka masa pendek, sementara menunggu kawalan pergerakan ditarik balik dan ekonomi kembali pulih.
Bagi menikmati faedah yang ditawarakan ini, pelanggan perlu menyewa dan menunjukkan bukti pendaftaran mereka melalui aplikasi MySejahtera.
SYARAT SEWA BILIK PERCUMA
Syarat untuk mendapatkan sewa bilik percuma melalui Daftar untuk Vaksin, Dapat 1 Bulan Subsidi Sewa Bilik Percuma adalah seperti berikut:
- Mestilah di tebus dalam tempoh kempen iaitu 15 Jun 2021 hingga 31 Julai 2021.
- Tunjukkan bukti pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera
- Anda akan mendapat bilik sewa percuma setelah layak.
2 PLATFORM DISEDIAKAN
Terdapat 2 platform disediakan untuk bilik sewa percuma iaitu:
Baca juga: MAIWP: Bantuan Deposit Sewa Rumah & Sewa Bulanan Mengikut Kelayakan
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Maklumat lanjut mengenai Daftar untuk Vaksin, Dapat 1 Bulan Subsidi Sewa Bilik Percuma sila dapatkan di:
- https://www.homevestliving.com/
- https://www.ibilik.my/
- 03-3359 2234 (iBilik)
- 03-6151 8180 (Homevest Living)
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.