Jangan Malu Jika Tak Ada Makanan. Ini Cara Mohon Bantuan Bakul Makanan RM100 Dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mohon Online Sahaja
Stok makanan hampir habis dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan? Malu untuk kibarkan bendera putih di pagar rumah anda?
Jika anda malu, terdapat satu lagi alternatif buat anda yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu Bantuan Bakul Makanan RM100.
Semak syarat kelayakan dan cara mohon Bantuan Bakul Makanan RM100 seperti yang dikongsikan ini.
INFO RINGKAS BANTUAN BAKUL MAKANAN RM100 JKM
Isi Kandungan
Bantuan Bakul Makanan adalah program yang dilaksanakan oleh JKM yang merangkumi barang makanan keperluan bernilai:
- RM100 bagi setiap isi rumah yang layak.
OBJEKTIF BANTUAN BAKUL MAKANAN
Objektif Bantuan Bakul Makanan adalah seperti berikut:
- Keperluan asas diberikan kepada anda dengan harapan dapat meringankan beban penerima bantuan yang berkelayakan
- Sebagai salah satu cara sokongan sosial oleh kerajaan Malaysia melalui agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM
- Sebagai bantuan sementara supaya kadar kelangsungan hidup dan kesejahteraan rakyat dapat dibantu.
CARA MOHON
Terdapat 2 cara mohon Bantuan Bakul Makanan iaitu:
SECARA ONLINE
- Klik https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php
- Pergi ke bahagian Bantuan Bakul Makanan dan isi borang tersebut.
- Hantar borang yang lengkap diisi melalui emel: Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Permohonan anda selesai dan akan diproses dalam tempoh 30 hari masa bekerja.
SECARA TELEFON
- Hubungi JKM yang terdekat
- Sertakan bersama nama penuh anda, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan bilangan ahli keluarga yang ditanggung
SENARAI NOMBOR TELEFON PEJABAT JKM SETIAP NEGERI
Nombor telefon Pejabat JKM yang boleh anda hubungi untuk dapatkan Bantuan Bakul Makanan adalah seperti berikut:
NEGERI | NOMBOR TELEFON |
JKM Selangor | 03-5545 8570 |
JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur KL | 03–26124060 |
JKM Johor | 07-2281450 |
JKM Melaka | 06-2324670 |
JKM Negeri Sembilan | 06-7659332 |
JKM Perak | 05-2545505 |
JKM Pulai Pinang Penang | 04-6505257 |
JKM Kedah | 04-7001700 |
JKM Perlis | 04–9731926 |
JKM Pahang | 09–5650226 |
JKM Terengganu | 09–6301193 |
JKM Kelantan | 09–7416925 |
JKM Sabah | 099 234 202 |
JKM Sarawak | 099 234 202 |
JKM Wilayah Persekutuan Labuan | 087-424 961 |
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Bakul Makanan RM100 JKM dengen menghubungi Ibu Pejabat JKM atau JKM Negeri (rujuk nombor telefon diatas):
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya - Telefon : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045
- Emel : Maklum Balas (ISPAAA)
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.