Cara Mohon Program Insentif Rawatan Tibi Negeri Selangor (IRTB), Bayaran RM800 Secara 3 Fasa
Pesakit Tibi di negeri Selangor boleh memohon insentif rawatan pesakit tibi dengan bayaran sehingga RM800 sekiranya memenuhi syarat yang telah ditetapkan.
Program Insentif Rawatan Tibi Negeri Selangor ini juga terbuka kepada pesakit yang mendapat rawatan di Selangor dan ianya dibuka pada sepanjang masa.
Baca syarat kelayakan dan cara mohon seperti yang telah dikongsikan ini.
TUJUAN PROGRAM INSENTIF RAWATAN TIBI NEGERI SELANGOR
Isi Kandungan
Insentif yang disediakan ini bukan hanya dapat meringankan beban kos rawatan yang ditanggung malah turut memastikan pesakit dapat melengkapkan semua sesi rawatan di hospital.
TARIKH MOHON
Permohonan dibuka pada bila-bila masa sahaja.
JUMLAH BAYARAN
Jumlah bayaran adalah sebanyak RM800 yang akan dibayar secara berperingkat melalui 3 fasa seperti berikut:
- Fasa 1: RM200
- Fasa 2: RM200
- Fasa 3: RM400
Baca juga: Cara Mohon Bantuan Khairat Kematian RM1,000 Akibat Covid-19. Semak Syarat & Cara Mohon Disini
SYARAT PERMOHONAN
Syarat permohonan yang ditetapkan untuk memohon Insentif Rawatan Tibi Negeri Selangor ialah:
- Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Selangor.
- Pesakit mendapat rawatan di hospital kerajaan/klinik kesihatan/pusat perubatan swasta di Negeri Selangor atau Institut Perubatan Respiratori.
- Sedang menerima rawatan tibi secara aktif.
DOKUMEN SOKONGAN
Sertakan bersama dokumen sokongan berikut ketika membuat permohonan anda:
- Memo / Surat Pengesahan Doktor bahawa pemohon menghidap penyakit Tibi.
- Salinan buku log perubatan Penyakit Tibi (TBIS 10E).
- Salinan Kad Pengenalan pemohon.
- Penyata bank pemohon yang mempunyai nama pemohon dan maklumat akaun bank.
- Salinan dokumen pengesahan pemastautin di Selangor (Contoh: Bil air, bil eletrik, atau lain-lain dokumen berkaitan).
CARA MOHON
Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan seperti berikut:
- Muat turun borang di: www.selangorprihatin.com
- Pemohon melengkapkan borang permohonan dan dokumen-dokumen yang diperlukan
- Pemohon memuat naik borang permohonan dan dokumen yang lengkap ke email [email protected]
Baca juga: Semak Cara Mohon Bantuan Khas RM500 ANIS OKU Selangor Secara Online Untuk OKU Terkesan Pendapatan
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai permohonan Program Insentif Rawatan Tibi Negeri Selangor, sila hubungi talian:
- 1-800-22-6600
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.