Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Bantuan Khairat Kematian RM1,000 Akibat Covid-19. Semak Syarat & Cara Mohon Disini

1,256

Ada tak dikalangan ahli keluarga anda yang meninggal dunia akibat Covid-19?

Melalui inisiatif Pakej Kita Selangor 2.0, anda boleh mohon Bantuan Khairat Kematian dengan bantuan sehingga RM1,000 sekiranya layak.

Permohonan perlu dibuat dengan segera kerana ianya dihadkan untuk 1,500 permohonan sahaja buat masa ini.

Baca juga: Cara Mohon RM500 Bantuan Zakat Selangor Peduli Secara Online Untuk Golongan B40 Hilang Kerja

TARIKH PERMOHONAN

Anda boleh membuat permohonan Bantuan Khairat Kematian mulai:

  • 12 Julai 2021 hingga 12 Ogos 2021

JUMLAH BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN SELANGOR

Jumlah bantuan yang akan diberikan melalui Bantuan Khairat Kematian adalah sebanyak:

  • RM1,000

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN SELANGOR

Anda dinasihatkan untuk membuat semakan syarat permohonan terlebih dahulu sebelum anda mengemukakan permohonan Bantuan Khairat Kematian seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon (waris terdekat) dan juga yang meninggal dunia (si mati) merupakan anak kelahiran Selangor dan menetap di negeri ini atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Mestilah disahkan meninggal dunia berpunca daripada Covid-19 oleh hospital atau klinik kesihatan kerajaan atau pusat perubatan berdaftar dan dinyatakan secara jelas dalam surat kematian.
  • Meninggal dunia di negeri Selangor.
  • Meninggal dunia pada tahun 2021 dan ke atas sahaja.
  • Terhad hanya kepada satu permohonan bagi satu keluarga.

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online dipautan berikut:

Cara Mohon Bantuan Khairat Kematian RM1,000 Akibat Covid-19. Semak Syarat & Cara Mohon Disini

  • Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik seterusnya.
  • Masukkan maklumat yang diperlukan.

Cara Mohon Bantuan Khairat Kematian RM1,000 Akibat Covid-19. Semak Syarat & Cara Mohon Disini

  • Klik seterusnya sehingga semua maklumat lengkap diisi.
  • Klik Hantar untuk menghantar permohonan anda.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN

Cara wang Bantuan Khairat Kematian disalurkan kepada waris adalah seperti berikut:

  • Dikreditkan terus ke akaan bank waris dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan sekiranyanya maklumat permohonan yang diterima adalah lengkap.

Cara Mohon Bantuan Khairat Kematian RM1,000 Akibat Covid-19. Semak Syarat & Cara Mohon Disini

Baca juga: Semak Cara Mohon Bantuan Khas RM500 ANIS OKU Selangor Secara Online Untuk OKU Terkesan Pendapatan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Seabrang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Bantuan Khairat Kematian RM1,000 Negeri Selangor akibat Covid-19, sila hubungi talia hotline 24 jam berikut:

  • 1-800-22-6600
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...