Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bantuan One-Off RM500 Kepada Penjaja/Peniaga Bazar Ramadan Negeri Selangor Dilanjutkan

1,505

Kerajaan Selangor bersetuju memberikan bantuan one off RM500 kepada peniaga dan penjaja bazar Ramadan di enam daerah di Selangor yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini adalah berikutan arahan oleh Kerajaan yang mengarahkan operasi perniagaan di 22 bazar Ramadan di tujuh negeri di Semenanjung termasuk Kuala Lumpur ditutup mulai 7 Mei 2021 selepas dikesan berlaku penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pengunjung bazar.

Arahan itu diberikan kepada 12 pihak berkuasa tempatan di tujuh negeri berkenaan menerusi satu memo dikeluarkan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), bertarikh 6 Mei 2021.

Baca juga: SOP Hari Raya Aidilfitri 2021 Untuk Rujukan Anda. Patuhi SOP Mengikut Kategori Perintah Kawalan Pergerakan Negeri Masing-Masing

ARAHAN TUTUP OPERASI BAZAR RAMADAN

pihak berkuasa tempatan (PBT) diarahkan menutup operasi 22 bazar Ramadan di:

  • Johor
  • Kedah
  • Pahang
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Selangor
  • Kuala Lumpur

LOKASI BAZAR RAMADAN DITUTUP

JOHOR

  1. Bazar Ramadan Belatuk Taman Scientex (Pasir Gudang)
  2. Bazar Ramadan Kampung Pasir Jalan Mata Kuching dan @Mart
  3. Kempas (Johor Bahru)
  4. Bazar Ramadan Lok Heng (Kota Tinggi)

KEDAH

  1. Bazar Ramadan Taman Selasih (Kulim)
  2. Bazar Ramadan Baling 2021 dan Kupang 2021 (Baling)

PAHANG

  1. Bazar Ramadan Lurah Semantan (Temerloh)
  2. Bazar Ramadan Temerloh Jaya (Temerloh)

PERAK

  1. Bazar Ramadan Bazar Nenas Kampung Selabak (Teluk Intan)

PULAU PINANG

  1. Bazar Ramadan MPKK Jalan Tenggiri
  2. Attakwa Taman Bertam Indah
  3. Kampung Melayu
  4. Masjid Daerah Barat Daya
  5. Bazar Ramadan Jalan Berangan Bukit Bintang 2021
  6. Bazar Ramadan Bukit Gedung
  7. Taman Tun Sardon.

SELANGOR

  1. Pusat Sementara Penjaja/Bazar Ramadan Puncak Jalil (Subang Jaya)
  2. Bazar Ramadan Stesen LRT Cempaka (Ampang Jaya)

KUALA LUMPUR

  1. Bazar Ramadan Taman Setiawangsa
  2. Bazar Iftar Ramadan Jalan Raja Alang

TARIKH BANTUAN PENIAGA/PENJAJA BAZAR RAMADAN SELANGOR

Bantuan RM500 akan diberikan kepada peniaga/penjaja Bazar Ramadan Selangor selepas Aidilfitri.

Permohonan bantuan RM500 kepada Peniaga Bazar Ramadan Negeri Selangor Tahun 2021 telah dilanjutkan sehingga 31 Julai 2021.

JUMLAH BANTUAN PENIAGA/PENJAJA BAZAR RAMADAN SELANGOR

Setiap peniaga/penjaja Bazar Ramadan Selangor akan menerima bantuan sebanyak:

  • RM500/One-off

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lengkap mengenai Bantuan RM500 peniaga/penjaja Bazar Ramadan Selangor di:

Bantuan One-Off RM500 Kepada Penjaja/Peniaga Bazar Ramadan Negeri Selangor

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...