Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Bantuan Khas RM500 Peniaga Bazar Ramadan Selangor Kawasan PKP

2,168

Adakah anda peniaga bazar Ramadan berlesen negeri Selangor yang berada dalam kawasan enam daerah terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

Jika ya, anda boleh membuat permohonan Bantuan Khas RM500 yang telah dibuka oleh Unit Perancang Ekonomi Negara, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Permohonan adalah secara online melalui laman web Selangor Prihatin dan seterusnya membuat semakan kelayakan sebelum menghantar permohonan anda.

Baca juga: Bantuan One-Off RM500 Kepada Penjaja/Peniaga Bazar Ramadan Negeri Selangor

ENAM DAERAH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Enam daerah yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor ialah:

  1. Hulu Langat
  2. Petaling
  3. Gombak
  4. Klang
  5. Kuala Langat
  6. Sepang

9 PBT TERLIBAT UNTUK BANTUAN RM500

9 PBT yang terlibat untuk agihan bantuan RM500 ialah seperti berikut:

  • Majlis Bandaraya Shah Alam
  • Majlis Bandaraya Petaling Jaya
  • Majlis Bandaraya Subang Jaya
  • Majlis Perbandaran Klang
  • Majlis Perbandaran Ampang Jaya
  • Majlis Perbandaran Selayang
  • Majlis Perbandaran Kajang
  • Majlis Perbandaran Sepang
  • Majlis Perbandaran Kuala Langat

TEMPOH PERMOHONAN BANTUAN KHAS RM500

Tempoh permohonan untuk Bantuan Khas RM500 telah bermula pada:

  • 21 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021
Nota: Bantuan akan terus disalurkan ke akaun bank dalam tempoh 14 hari bekerja dan borang lengkap diisi.

JUMLAH BANTUAN PENIAGA/PENJAJA BAZAR RAMADAN SELANGOR

Setiap peniaga/penjaja Bazar Ramadan Selangor akan menerima bantuan sebanyak:

  • RM500/One-off

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KHAS RM500

Syarat untuk permohonan Bantuan Khas RM500 kepada peniaga bazar Ramadan negeri Selangor adalah seperti. berikut:

  • Peniaga bazar Ramadan yang berlesen atau berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) atau di bawah penganjur (berdaftar dengan PBT).
  • Setiap peniaga hanya layak menerima sekali sahaja bantuan walaupun mempunyai lebih dari satu petak bazar atau lesen atau permit daripada majlis yang sama atau berbeza.

CARA MOHON BANTUAN KHAS RM500

Permohonan adalah secara online melalui pautan:

Cara Mohon Bantuan Khas RM500 Peniaga Bazar Ramadan Selangor Kawasan PKP

  • Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik SETERUSNYA untuk membuat semakan.
  • Sekiranya layak, lengkapkan permohonan anda dengan mengisi maklumat peribadi yang diperlukan.
  • Masukkan maklumat perniagaan bersama nombor akaun bank aktif.
  • Klik HANTAR untuk menghantar permohonan anda.

NOMBOR AKAUN TIDAK AKTIF

Pemohon yang mempunyai masalah akaun bank akan diuruskan secara berasingan sila emel ke:

Sertakan bersama maklumat dan dokumen berikut:

Nyatakan Maklumat

a) Sebab menggunakan akaun bank milik orang lain (pasangan atau anak).
b) Hubungan dengan pemilik akaun bank yang ingin digunakan (pasangan atau anak)

Lampirkan Dokumen

a) Salinan Kad Pengenalan pemohon (pemilik lesen/ permit).
b) Salinan penyata akaun bank yang ingin digunakan (pasangan atau anak).
c) Salinan Kad Pengenalan pemilik akaun bank yang ingin digunakan (pasangan atau anak).

Bantuan One-Off RM500 Kepada Penjaja/Peniaga Bazar Ramadan Negeri Selangor

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Bantuan Khas Peniaga Bazar Ramadan Selangor RM500, sila hubungi SELCARE HOTLINE di:

  • 1 800 22 6600
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...