Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

SOP Hari Raya Aidilfitri 2021 Untuk Rujukan Anda. Patuhi SOP Mengikut Kategori Perintah Kawalan Pergerakan Negeri Masing-Masing

1,347

Menteri Kanan Keselamatan Negara Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan SOP Hari Raya Aidilfitri pada sidang media khas perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Untuk pengetahuan anda juga, Kerajaan membenarkan aktiviti solat sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Apakah SOP Hari Raya Aidilfitri bagi Tahun 2021 kali ini? Jom dapatkan senarai SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara untuk rujukan kita semua.

Baca juga: Kaedah Pergerakan Pulang Murid Asrama Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri 2021

SOP HARI RAYA AIDILFITRI 2021

SOP Hari Raya Aidilfitri 2021 Untuk Rujukan Anda. Patuhi SOP Mengikut Kategori Perintah Kawalan Pergerakan Negeri Masing-Masing

SYARAT SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Syarat sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi kali pula adalah seperti berikut:

Negeri PKP

  • 1 Syawal: 15 orang tetamu sahaja

Negeri PKP Bersyarat

  • 1 hingga 3 Syawal: 20 orang tetamu sahaja

Negeri PKP Pemulihan

  • 1 hingga 3 Syawal: 25 orang tetamu sahaja

PKP Diperketatkan

  • Sambutan tertakluk ahli keluarga dalam rumah
Nota: Larangan rentas negeri kekal bagi semua negeri sehingga 17 Mei 2021. Manakala kawasan PKP pula dilarang membuat aktiviti rentas daerah.

SENARAI RINGKAS SOP HARI RAYA AIDILFITRI 2021

SOP Hari Raya Aidilfitri 2021 Untuk Rujukan Anda. Patuhi SOP Mengikut Kategori Perintah Kawalan Pergerakan Negeri Masing-Masing

Anda juga diingatkan bahawa penganjuran sebarang majlis/rumah terbuka hari raya bagi semua kawasan adalah TIDAK DIBENARKAN.

Bazar Ramadan di kawasan PKP masih dibenarkan beroperasi mengikut SOP ketat, bergantung kepada PBT masing-masing.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai SOP penuh Hari Raya Aidilfitri, sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...