Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kaedah Pergerakan Pulang Murid Asrama Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri 2021

1,206

Ibu bapa yang mempunyai anak-anak tinggal di asrama sekolah/Kolej Tingkatan Enam (KTE)/Kolej Vokasional (KV) boleh menarik nafas lega setelah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan tarikh pergerakan pulang murid asrama baru-baru ini.

Selain daripada pengumuman tarikh pergerakan pulang, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga mengumumkan kaedah pergerakan pulang yang perlu dipatuhi oleh setiap pelajar asrama.

Dapatkan tarikh dan kaedah pergerakan pulang murid asrama sempena cuti Hari Raya Aidilfitri Tahun 2021 disini.

TARIKH PERGERAKAN PULANG MURID ASRAMA SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2021

Tarikh pergerakan pulang murid asrama yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah seperti berikut:

6 MEI 2021/KHAMIS

  • Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu).

7 MEI 2021/JUMAAT

  • Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya).

KAEDAH PERGERAKAN PULANG MURID ASRAMA SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2021

Murid-murid dibenarkan pulang melalui kaedah yan diputuskan oleh KPM seperti berikut:

  • Menaiki bas yang disediakan oleh pihak sekolah.
  • Dijemput oleh ibu bapa/penjaga.
  • Menggunakan pengangkutan udara atau air (Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan)
  • Menggunakan kenderaan sendiri (hanya pelajar Tingkatan Enam dan pelajar KV)
Nota: Pihak sekolah/KET/KV akan memaklumakan jadual pergerakan pulan murid kepada ibu bapa /penjaga.

SURAT PENGESAHAN

Pihak sekolah akan mengeluarkan surat pengesahan bagi tujuan pergerakan ibu bapa/penjaga meentas negeri/zon akan dikeluarkan oleh:

  • Pihak sekolah/KET/KV bagi setiap murid.
Nota: Untuk pengetahuan anda, surat pengesahan dan kebenaran ini adalah untuk 2 orang ibu bapa/penjaga sahaja dalam kenderaan.

SOP PERGERAKAN PULANG MURID ASRAMA SEMPENA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2021

Antara SOP yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

  • Murid yang sedang dalam tempoh kuarantin perlu kekal berada di asrama sehingga tamat tempoh kuarantin
  • Murid yang asramanya berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) perlu kekal berada di asrama sehingga tamat tempoh PKPD.

Nota: SOP yang lengkap sila dapatkan dipautan berikut: https://www.moe.gov.my atau rujuk pada garis panduan dibawah.

TARIKH PERGERAKAN KEMBALI KE ASRAMA

Tarikh pergerakan untuk murid kembali ke asrama pula adalah seperti berikut:

12 JUN 2021/SABTU

  • Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu).

13 JUn 2021/AHAD

  • Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya).
Nota: Pihak sekolah/KTE/KV akan memaklumkan jadual pergerakan pulang murid kepada ibu bapa/penjaga.

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Kaedah Pergerakan Pulang Murid Asrama Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri 2021

Baca juga: Tarikh Pergerakan Cuti Hari Raya Pelajar IPT. Ini SOP Pergerakan Pulang Yang Ditetapkan MKN

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...