Tarikh Pergerakan Cuti Hari Raya Pelajar IPT. Ini SOP Pergerakan Pulang Yang Ditetapkan MKN
Informasi / Ringkasan Artikel

Tarikh Pergerakan Cuti Hari Raya Pelajar IPT. Ini SOP Pergerakan Pulang Yang Ditetapkan MKN

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengeluarkan satu kenyataan media secara rasmi bahawa pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) dibenarkan pulang ke rumah sempena cuti Hari...

Status: Aktif Bacaan: 2 min baca Fokus: Informasi Update: 29 Apr
Intipati 01 Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengeluarkan satu kenyataan media secara rasmi bahawa pelajar institusi pendidikan tinggi.
Intipati 02 Melalui kenyataan media tersebut juga diumumkan tarikh pergerakan pulang dan tarikh pergerakan pelajar pulang ke kampus.
Intipati 03 Malah, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) turut menyatakan SOP pergerakan pulang ke rumah dan ke kampus seperti.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengeluarkan satu kenyataan media secara rasmi bahawa pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) dibenarkan pulang ke rumah sempena cuti Hari Raya Aidilfitri kecuali bagi negeri Sarawak.

Melalui kenyataan media tersebut juga diumumkan tarikh pergerakan pulang dan tarikh pergerakan pelajar pulang ke kampus masing-masing yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Malah, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) turut menyatakan SOP pergerakan pulang ke rumah dan ke kampus seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

TARIKH PERGERAKAN PULANG KE RUMAH & KEMBALI KE KAMPUS

Tarikh pergerakan pulang pelajar ke rumah masing-maisng dan kembali semula ke kampus adalah seperti berikut:

  • Pergerakan Pulang Ke Rumah: 7 hingga 12 Mei 2021
  • Pergerakan Pulang Ke Kampus: 15 hingga 20 Mei 2021

Malah, pelajar juga turut diberi pilihan sama ada pulang ke kediaman masing-masing atau kekal berada di kampus.

Kebenaran ini selaras dengan kelonggaran yang diberikan oleh MKN sebelum ini kepada sektor pendidikan.

SURAT PELEPASAN PULANG CUTI HARI RAYA PELAJAR IPT

Pihak IPT akan menyediakan:

  • Surat pelepasan perjalanan rentas negeri atau daerah
  • Menyelaras tarikh pergerakan pulang ke rumah serta kembali ke kampus bagi setiap pelajar.

3 KAEDAH PERGERAKAN PULANG CUTI HARI RAYA PELAJAR IPT

Pergerakan pulang pelajar akan menggunakan tiga kaedah iaitu:

  • Menggunakan kenderaan sendiri.
  • Dijemput oleh ibu bapa atau penjaga.
  • Menggunakan bas yang diselaraskan oleh IPT.
Nota: Pergerakan melalui kenderaan awam tidak dibenarkan kecuali perkhidmatan penerbangan.

SOP PERGERAKAN PULANG CUTI HARI RAYA PELAJAR IPT

Berikut adalah SOP pergerakan pulang cuti ke rumah dan pergerakan kembali ke kampus masing-masing untuk rujukan:

Tarikh Pergerakan Cuti Hari Raya Pelajar IPT. Ini SOP Pergerakan Pulang Yang Ditetapkan MKN

Tarikh Pergerakan Cuti Hari Raya Pelajar IPT. Ini SOP Pergerakan Pulang Yang Ditetapkan MKN

KENYATAAN MEDIA PERGERAKAN PULANG CUTI HARI RAYA PELAJAR IPT

Tarikh Pergerakan Cuti Hari Raya Pelajar IPT. Ini SOP Pergerakan Pulang Yang Ditetapkan MKN

Baca juga: Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Dimansuh, PT3 2021 Dibatalkan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai pergerakan pulang cuti hari raya pelajar IPT dengan menghubungi pegawai penyelaras di IPT masing-masing atau Bilik Gerakan KPT di talian:

  • 03-8870 6777/6949/6623/6628.

Teruskan membaca

Lihat artikel berkaitan dan semakan aktif supaya anda tidak terlepas maklumat penting dalam topik ini.

Buka Kategori