Bonus Raya Negeri Kedah, Pahang, Melaka & Sarawak RM500 Hingga RM1,000 Kepada Penjawat Awam Negeri Masing-Masing

Kerajaan Negeri Kedah, Pahang, Melaka dan Sarawak telah mengumumkan untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri atau bonus Hari Raya sebanyak RM500 hingga RM1,000 kepada penjawat awam.

Selain daripada penjawat awam, pesara kerajaan juga bakal menikmati Bonus Hari Raya sebanyak RM250 setiap seorang bagi negeri tertentu.

Pengumuman Kerajaan Negeri Kedah, Pahang, Melaka dan Sarawak pastinya menggembirakan semua penjawat awam dan pesara kerajaan negeri masing-masing.

Baca juga: RM500 Bonus Khas Hari Raya Aidilfitri Penjawat Awam Sabah

BONUS HARI RAYA AIDILFITRI NEGERI KEDAH

Kerajaan Kedah juga mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak:

  • RM1,000 kepada semua kakitangan awam negeri Kedah.
  • RM250 kepada pesara

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pemberian itu yang akan memanfaatkan:

  • Seramai 5,300 kakitangan awam negeri.
  • Lantikan kontrak.

Pemberian ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan semua kakitangan awam di negeri ini yang bekerja keras selama ini dengan peruntukan sebanyak RM5.3 juta.

Pembayaran bonus akan dibayar pada:

  • Sebelum hari raya Aidilfitri

Bonus Raya Negeri Kedah, Pahang, Melaka & Sarawak RM500 Hingga RM1,000 Kepada Penjawat Awam Negeri Masing-Masing

Bonus Raya Negeri Kedah, Pahang, Melaka & Sarawak RM500 Hingga RM1,000 Kepada Penjawat Awam Negeri Masing-Masing

Bonus Raya Negeri Kedah, Pahang, Melaka & Sarawak RM500 Hingga RM1,000 Kepada Penjawat Awam Negeri Masing-Masing

Bonus Raya Negeri Kedah, Pahang, Melaka & Sarawak RM500 Hingga RM1,000 Kepada Penjawat Awam Negeri Masing-Masing

BONUS HARI RAYA AIDILFITRI NEGERI PAHANG

Bagi penjawat awam negeri Pahang pula, Kerajaan Pahang bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak:

  • RM1,000 kepada semua kakitangan awam negeri Pahang.

Bonus Raya Negeri Kedah, Pahang, Melaka & Sarawak RM500 Hingga RM1,000 Kepada Penjawat Awam Negeri Masing-Masing

Kira-kira 8,000 penjawat awam akan menerima bonus hari raya ini dan pemberian ini membabitkan:

  • Semua gred penjawat awam 
  • Penjawat awam Persekutuan bergred JUSA C dan ke atas yang berkhidmat di negeri Pahang.

Pembayaran bonus akan dibuat pada:

  • 7 Mei 2021

Bonus Raya Negeri Kedah, Pahang, Melaka & Sarawak RM500 Hingga RM1,000 Kepada Penjawat Awam Negeri Masing-Masing

BONUS HARI RAYA AIDILFITRI NEGERI SARAWAK

Manakala di negeri Sarawak pula, Kerajaan Negeri Sarawak mengumumkan bantuan khas sebanyak:

  • RM500

Pemberian bonus ini akan diberikan kepada:

  • Pegawai perkhidmatan awam semua gred, sempena perayaan Aidilfitri dan Gawai akan datang.

Pembayaran bonus akan dibayar pada:

  • Bulan Mei sebelum Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai

Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

Bonus Raya Negeri Kedah, Pahang, Melaka & Sarawak RM500 Hingga RM1,000 Kepada Penjawat Awam Negeri Masing-Masing

BONUS HARI RAYA AIDILFITRI NEGERI MELAKA

Penjawat awam negeri Melaka pula bakal menerima bonus Hari Raya Aidilfitri sebanyak:

  • Setengah bulan gaji atau minima RM1,000

Pemberian bonus ini adalah kepada:

  • Penjawat awam berjawatan kontrak dan Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Kerajaan Negeri Melaka juga bersetuju memberikan bonus Hari Raya Aidilfitri kepada pesara kerajaan negeri Melaka dengan bayaran sebanyak:

  • RM250

Tarikh bayaran bonus Hari Raya Aidilfitri kepada semua penerima adalah pada:

  • 6 Mei 2021 (sama pembayaran gaji penjawat awam)
  • Sebelum Hari Raya Aidilfitri

Bonus Hari Raya Aidilfitri ini diberikan dengan tujuan:

  • Meringankan beban golongan berkenaan membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
  • Sebagai bukti kerajaan negeri begitu prihatin terhadap nasib rakyat khususnya penjawat awam yang terkesan akibat pandemik.

Baca juga: Bonus Hari Raya Aidilfitri 2021 Kepada Penjawat Awam Dibayar 6 Mei 2021

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.