Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

RM500 Bonus Khas Hari Raya Aidilfitri Penjawat Awam Sabah

1,574

Sebelum ini pihak kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dengan bayaran sebanyak RM500 maksimum atau setengah bulan gaji yang akan dibayar pada bulan Mei nanti.

Selain itu, kerajaan Negeri Selangor turut memberikan bonus sempena Hari Raya Aidilfitri kepada semua penjawat awam Negeri Selangor sebanyak RM500 hingga RM1,000 (minimum) atau setengah bulan gaji.

Terkini, kerajaan Negeri Sabah juga turut mengumumkan untuk memberikan bonus Hari Raya Aidilfitri kepada penjawat awam negeri yang akan dibayar serentak dengan pembayaran gaji bulanan pada bulan Mei ini.

JUMLAH BAYARAN BONUS HARI RAYA AIDILFITRI SABAH

Bayaran bonus sempena Hari Raya Aidilfitri Sabah kepada penjawat awam negeri dan pesara awam negeri ialah:

  • RM500
  • RM250

Bayaran adalah secara sekali bayar dan akan dimasukkan ke dalam akaun penjawat awam Negeri Sabah masing-masing.

TARIKH BAYARAN BONUS HARI RAYA AIDILFITRI SABAH

Tarikh bayaran bonus Hari Raya Aidilfitri Sabah adalah pada:

  • 7 Mei 2021

Bayaran dibuat serentak dengan gaji bulan Mei dan akan memberi manfaat kepada seramai 20,269 kakitangan awam negeri.

PENERIMA BONUS HARI RAYA AIDILFITRI

Penerima bayaran bonus Hari Raya Aidilfitri Sabah adalah:

  • Semua penjawat awam Gred 54 dan ke bawah
  • Kakitangan badan berkanun
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri
  • Pesara awam negeri

TUJUAN PEMBERIAN BONUS HARI RAYA AIDILFITRI SABAH

Kerajaan Negeri Sabah menyatakan bahawa bonus Hari Raya Aidilfitri diberikan dengan tujuan:

  • Penghargaan terhadap khidmat bakti dan pengorbanan penjawat awam negeri melaksanakan tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutama ketika menghadapi pandemik COVID-19.

KENYATAAN MEDIA BONUS HARI RAYA AIDILFITRI SABAH

Berikut adalah kenyataan media daripada YAB Ketua Menteri Sabah mengenai bonus Hari Raya Aidilfitri 2021 untuk rujukan anda:

RM500 Bonus Khas Hari Raya Aidilfitri Penjawat Awam Sabah

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...