Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bonus Hari Raya Aidilfitri 2021 Kepada Penjawat Awam Dibayar 6 Mei 2021

2,196

Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa penjawat awam bakal menerima bonus Hari Raya Aidilfitri 2021 yang akan dibuat pembayaran bersama gaji bulan Mei.

Pastinya berita ini adalah berita yang menggembirakan semua penjawat awam untuk meraika Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Sebelum ini juga Kerajaan Malaysia telah memberikan Bonus pada awal tahun kepada penjawat awam dan pesara kerajaan.

Baca juga: Update: Tarikh Bayaran Bonus Kakitangan Awam & Pesara Kerajaan 2021

JUMLAH BAYARAN BONUS HARI RAYA AIDILFITRI 2021

Bayaran Bantuan Khas Kewangan bersempena Hari Raya Aidilfitri 2021 adalah sebanyak:

  • RM500: Penjawat awam
  • RM250: Pesara Kerajaan

Bayaran adalah secara one-off dan dikreditkan terus ke akaun penjawat awam dan pesara kerajaan masing-masing.

TARIKH BAYARAN BONUS HARI RAYA AIDILFITRI 2021

Tarikh bayaran bonus Hari Raya Aidilfitri 2021 adalah pada:

  • 6 Mei 2021

Pembayaran pula dilakukan bersama dengan bayaran gaji penjawat awam untuk bulan Mei.

Untuk pengetahuan anda, pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun 2021 dibuat lebih awal daripada tahun-tahun sebelum atas keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri.

GOLONGAN SASARAN

Golongan sasaran yang akan menerima Bonus Hari Raya Aidilfitri 2021 ialah:

  • Semua penajwat awam Gred 56 dan ke bawah
  • Contract Of Service
  • Contract For Service
  • Pegawai Sambilan Harian
  • Lantikan di bawah MySTEP
  • Pesara kerajaan

TUJUAN PEMBERIAN BONUS HARI RAYA AIDILFITRI 2021

Tujuan utama pemberian Bonus Hari Raya Aidilfitri 2021 adalah:

  • Meringankan beban kewangan kepada penajwat awam dan pesara kerajaan.
  • Pemangkin kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.
  • Menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi pandemik Covid-19.

KENYATAAN MEDIA BONUS HARI RAYA AIDILFITRI 2021

Bonus Hari Raya Aidilfitri 2021 Kepada Penjawat Awam Dibayar 6 Mei 2021

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...