Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Update: Tarikh Bayaran Bonus Kakitangan Awam & Pesara Kerajaan 2021

8,929

Apabila Menteri Kewangan umumkan kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan bakal menerima bonus pada 2021 nanti, pastinya golongan ini menarik nafas yang lega kerana bonus yang bakal diterima sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan terutamanya untuk kegunaan sekolah anak-anak.

Bagi pesara kerajaan pula, bonus yang bakal diterima sangat membantu mereka untuk meneruskan kehidupan terutamanya bagi mereka yang terjejas pendapatan akibat Covid-19. Mungkin ada yang berniaga kecil-kecilan selepas bersara tetapi tidak dapat berniaga seperti biasa kerana arahan PKPB atau PKPD di beberapa negeri dan daerah.

Bonus 2021 kali ini disebut sebagai Bantuan Khas Kewangan dan terdapat 2 kategori penerima. Apakah 2 kategori penerima bonus tersebut?

KATEGORI BANTUAN KHAS KEWANGAN / BONUS 2021

Terdapat 2 kategori bonus 2021 dan akan dibayar kepada:

Pesara Kerajaan

  • Penerimanya ialah pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen.
  • Bayaran : RM300 

Kakitangan Kerajaan

  • Penerimanya ialah kakitangan kerajaan Gred 56 ke bawah.
  • Bayaran : RM600

Selain itu, juga terdapat beberapa kenaikan elaun serta pemberian kepada penerima yang sepatutnya seperti yang dinyatakan di:

Update: Tarikh Bayaran Bonus Kakitangan Awam & Pesara Kerajaan 2021

TARIKH BAYARAN BONUS KAKITANGAN AWAM DAN PESARA KERAJAAN 2021

Kakitangan awam dan pesara kerajaan pastinya sudah maklum mengenai bayaran bonus 2021 yang diterima seperti yang telah dinyatakan pada Bajet 2021 yang lalu.

Berikut adalah tarikh pembayaran bonus seperti yang telah dinyatakan beserta jumlah pembayaran.

KAKITANGAN AWAM PESARA KERAJAAN
RM600 RM300
25 Januari 2021 25 Januari 2021

Semoga bonus yang bakal diterima oleh kakitangan awam dan pesara kerajaan ini memberikan sinar dan pelbagai manfaat buat mereka yang memerlukannya.

Juga baca artikel ini: Bantuan Kerajaan Untuk Golongan B40 Membeli Rumah Pertama

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...