Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bantuan Kerajaan Untuk Golongan B40 Membeli Rumah Pertama

4,159

BANTUAN KERAJAAN UNTUK GOLONGAN B40 MEMBELI RUMAH PERTAMA

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa terdapat pelbagai bentuk bantuan Kerajaan untuk membantu rakyat terutamanya golongan B40 untuk memiliki rumah sendiri.

Inilah usaha Kerajaan untuk menggalakkan rakyatnya memiliki rumah sendiri dan terdapat 4 jenis bentuk bantuan kerajaan yang disediakan kepada anda.

BENTUK BANTUAN KERAJAAN UNTUK GOLONGAN B40 MEMBELI RUMAH PERTAMA

Berikut adalah 4 bantuan kerajaan buat golongan B40 untuk membeli rumah pertama anda :

1 Hartanah Bawah RM150,000 : Diskaun 10%

Ini bertepatan dengan Kempen Pemilikan Rumah 2019 atau “Home Ownership Campaign (HOC) 2019” pada tahun lepas.

Diskaun ini hanya untuk perjanjian SPA yang telah ditandatangani dalam tempoh tersebut.

Diskaun 10% ini hanya untuk pemaju yang berdaftar dengan REHDA (Semenanjung Malaysia), SHAREDA (Sabah) atau SHEDA (Sarawak).

2 Pengecualian Duti Setem Untuk Pembeli Rumah Kali Pertama

Berdasarkan belanjawan 2019, terdapat fokus bantuan perumahan kepada golongan B40 iaitu :

  • Pengecualian Duti Setem bagi sesiapa yang membeli rumah berharga bawah dari RM300,000.

Kos biasa tanpa pengecualian duti setem :

  • 1% untuk RM100,000 yang pertama
  • 2% untuk RM100,001 ke RM500,000 yang seterusnya
  • 3% untuk RM500,001 ke RM1 juta yang seterusnya
Nota : RM5000 akan digunakan untuk duti setem sekiranya melibatkan pembelian rumah berharga RM300,000.

Pengecualian ini sangat membantu golongan B40 untuk membeli rumah pertama mereka dan pengecualian duti setem ini hanya untuk perjanjian SPA yang ditandatangani sebelum 30 Jun 2019 dan mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

 

3 Rumah Mikro RM100 Untuk Rakyat Malaysia Yang Bujang

Rumah mikro RM100 dikhaskan untuk :

  • Warganegara Malaysia.
  • Golongan B40 bujang.
  • Bergaji rendah kurang RM2000.
  • Berumur antara 18 hingga 28 tahun.

Ciri Rumah Mikro

Rumah mikro ini direka dengan konsep komunal yang mempunyai tempat tempat solat, dobi, bilik air, pantri dan tempat letak motorsikal / basikal untuk penghuni kongsi bersama.

Untuk permohonan rumah mikro ini, anda boleh terus klik di sini : Rumah Mikro

4RM1 Bilion “Dana Untuk Rumah Mampu Milik” Dari Bank Negara

Bank Negara Malaysia telah  mengumumkan Dana Untuk Rumah Mampu Milik, satu cara untuk membantu kumpulan B40 di seluruh negara untuk mampu memiliki rumah.

Keistimewaan Dana

  • Kadar pembiayaan sehingga 3.5%  setahun.
  • Mendapat sokongan untuk pembayaran deposit.
  • Tempoh bayar balik yang panjang sehingga 40 tahun maksimum.
  • Dapat pendidikan kewangan percuma dari AKPK (Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit) untuk membantu pembeli rumah untuk memahami perkara yang berkaitan dengan kewangan pembelian rumah.
  • Tidak perlu membayar yuran proses permohonan kewangan.
  • Tidak perlu membayar yuran duti setem.

Kriteria Permohonan

  • Warganegara Malaysia dengan gaji bulanan tidak lebih dari RM2,300.
  • Tidak mempunyai rekod kewangan yang buruk dalam masa 12 bulan lepas.
  • Rumah berharga kurang dari RM150,000.
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...