Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Platform Pasaran Secara Online Warongku Bantu Golongan Penjaja & Usahawan Kecil. Jom Daftar Sekarang

1,669

Pelbagai cara diperkenalkan oleh pihak kerajaan untuk membantu peniaga kecil-kecilan yang sudah pasti terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah merasmikan Majlis Pelancaran Platform Warongku Peringkat Kebangsaan di SME Corp. Malaysia untuk dimanfaatkan oleh para penjaja dan peniaga kecil di Malaysia.

Sudah pasti, platform Warongku ini sangat membantu penjaja dan peniaga kecil seterusnya membantu meningkatkan pendapatan mereka sepanjang tempoh pandemik Covid-19 yang berlaku di Malaysia.

Baca juga: Pilih Kedai Murah Dengan Telefon Bimbit Anda Melalui Aplikasi Price Catcher KPDNHEP

APA ITU PLATFORM WARONGKU?

Warongku merupakan satu platform bagi usahawan seperti penjaja dan peniaga kecil untuk memasarkan produk seperti makanan dan ke arah usaha pendigitalan peniaga.

Ia juga membantu golongan penjaja, peniaga kecil dan usahawan dari sektor tidak formal untuk mengadaptasi teknologi digital, seterusnya memasarkan produk secara dalam talian.

Platform Warongku dibina bagi menggalakkan perniagaan secara dalam talian (e-dagang) di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan peruntukan dana berjumlah RM700 juta.

Platform Warongku ini juga merupakan kesinambungan kepada Warong rider sebuah projek e-runner.

OBJEKTIF PLATFORM WARONGKU

Antara objektif platform Warongku adalah seperti berikut:

Bantu tingkatkan pendapatan golongan

  • Usahawan mikro dan informal.
  • Penjaja dan peniaga kecil.

Memberi kesedaran dan menggalakkan penggunaan aplikasi digital

  • Untuk pemasaran lebih meluas dan transaksi lebih sistematik.
  • Melalui latihan/kursus kepada usahawan yang kurang pendedahan teknikal dan literasi pemasaran digital.

GOLONGAN SASARAN PLATFORM WARONGKU

Golongan sasaran yang digalakkan untuk mendaftarkan perniagaan di patform Warongku ialah:

  • 2,000 penjaja dan peniaga kecil berdaftar sebagai e-merchant

CARA DAFTAR

Sekiranya anda berminat, sila buat pendaftaran di:

Platform Pasaran Secara Online Warongku Bantu Golongan Penjaja & Usahawan Kecil. Jom Daftar Sekarang

  • Kemudian klik pada CREATE NEW ACCOUNT.

  • Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik CREATE ACCOUNT.
  • Seterusnya log masuk semula menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.

Platform Pasaran Secara Online Warongku Bantu Golongan Penjaja & Usahawan Kecil. Jom Daftar Sekarang

  • Pendaftaran anda selesai.

WARONGKU PERAK DIGITAL

Untuk pengetahuan anda juga, Kerajaan Negeri Perak menerusi Perak Digital telah menawarkan para penjaja dan peniaga negeri Perak untuk mendaftarkan perniagaan masing-masing menerusi platform Warongku.

Perkhidmatan penghantaran Warong Rider secara menyeluruh di Negeri Perak bertindak sebagai penghantar makanan, barangan dan produk-produk peniaga.

Program S.M.A.R.T Iftar kini dinaik taraf dengan penjenamaan platform Warongku dengan keupayaan pembelian produk (makanan) atas talian dan perkhidmatan penghantaran yang bersih, suci dan halal.

Platform Pasaran Secara Online Warongku Bantu Golongan Penjaja & Usahawan Kecil. Jom Daftar Sekarang

Baca juga: Bayar Zakat Dengan Mudah Melalui Aplikasi Tulus. Download & Bayar Zakat Anda Sekarang

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...