Pilih Kedai Murah Dengan Telefon Bimbit Anda Melalui Aplikasi Price Catcher KPDNHEP

Setiap pengguna pastinya ingin menjimatkan kos pembelian barangan keperluan dengan mencari kedai yang menjual barangan keperluan dengan harga yang murah dan berpatutan.

Untuk lebih memudahkan pengguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah memperkenalkan aplikasi Price Catcher bagi membantu semua pengguna.

Dapatkan info lengkap mengenai aplikasi Price Catcher serrta ciri-cirinya sebelum anda muat turun aplikasi untuk menggunakannya.

Baca juga: Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021. Ini Senarai Mengikut Kategori

INFO RINGKAS PRICE CATCHER

Price Catcher merupakan Aplikasi Mudah Alih Price Catcher menggunakan platform Android dan iOS bagi membantu rakyat menangani kos sara hidup yang dibangunkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Aplikasi ini memaparkan maklumat harga lebih 400 barangan keperluan pengguna yang dikutip oleh lebih dari seribu Pegawai Pemantau Harga (PPH) KPDNHEP di seluruh negara secara harian mingguan dan bulanan.

Melalui aplikasi ini, pengguna dapat menjimatkan masa dan kos untuk membuat perbandingan harga antara premis yang berlainan di sesuatu kawasan. Seterusnya, pengguna dapat merancang perbelanjaan dengan memilih premis yang menawarkan harga yang berpatutan.

CIRI-CIRI APLIKASI PRICE CATCHER

Ciri-ciri aplikasi Price Catcher ialah:

  1. Carian mengikut kategori, lokasi atau perkataan.
  2. Fungsi untuk mengesan lokasi.
  3. Perbandingan harga berdasarkan item atau bakul barangan.
  4. Fungsi pandu arah ke premis pilihan menggunakan aplikasi Waze atau Google Map.
  5. Berkongsi maklumat carian harga melalui media sosial.
  6. Hebahan (pop up banner) mengenai perubahan harga minyak atau maklumat kepenggunaan yang lain.

CARA GUNA APLIKASI PRICE CATCHER

Sebelum gunakan aplikasi Price Catcher, muat turun terlebuh dahulu aplikasi ditelefon bimbit anda seperti berikut:

  • Android/iOS
  • Klik aplikasi tersebut dan masukkan barangan yang anda ingin dapatkan.

Pilih Kedai Murah Dengan Telefon Bimbit Anda Melalui Aplikasi Price Catcher KPDNHEP

  • Price Catcher akan menunjukkan hasil carian dan pilih mengikut berat atau jumlah yang anda inginkan.
  • Skrin akan memaparkan bandingan harga, kedai beserta alamat kedai.

Pilih Kedai Murah Dengan Telefon Bimbit Anda Melalui Aplikasi Price Catcher KPDNHEP

  • Jika kawasan tidak berada pada kawasan tempat tinggal anda, sila klik simbol LOKASI di sebelah alamat premis. Anda akan dibawa untuk ke lokasi dengan mudah seterusnya membeli keperluan anda dengan harga yang murah sama ada melalui Waze atau Google Maps.
  • Untuk mencari baragan seterusnya, ulang langkah yang sama dan lakukan perbandingan harga seperti yang disenaraikan.

Pilih Kedai Murah Dengan Telefon Bimbit Anda Melalui Aplikasi Price Catcher KPDNHEP

Sekurangnya aplikasi Price Catcher ini membantu pengguna agar bijak merancang perbelanjaan dengan memilih premis yang menawarkan harga yang berpatutan serta menggalakkan golongan peniaga yang beretika dan meletakkan harga yang munasabah.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Price Catcher sila hubungi KPDNHEP di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.