Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021. Ini Senarai Mengikut Kategori

1,068

Untuk terus mengawal harga barangan terkawal daripada naik dengan harga yang tidak munasabah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menetapkan harga mengikut senarai barangan melalui Skim Harga Maksimum Musim Perayaan untuk Hari Raya Puasa 2021.

Harga yang ditetapkan juga mengikuti kategori jenis barangan seterusnya kategori lain dengan lebih terperinci.

Berikut adalah senarai harga barangan terkawal yang telah ditetapkan harganya mengikut Skim Harga Maksimum Musim Perayaan bagi Hari Raya Puasa 2021.

INFO RINGKAS SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) telah dilaksanakan bermula tahun 2000 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (dahulu Akta Kawalan Harga 1946).

Di bawah Skim ini, beberapa jenis barang keperluan dikenalpasti sebagai barang harga terkawal musim perayaan untuk ditetapkan harga maksimum di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit dalam suatu tempoh tertentu. Skim ini dilaksanakan di seluruh Malaysia dan harga yang ditetapkan adalah berbeza mengikut kawasan dan daerah.

Sehingga kini, musim perayaan merangkumi:

  • Hari Raya Puasa
  • Tahun Baru Cina
  • Deepavali
  • Hari Krismas
  • Pesta Kaamatan
  • Hari Gawai

TUJUAN SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN

Tujuan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Raya Puasa 2021 adalah:

  • Melindungi pengguna daripada peniaga-peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan (Mencatut).
  • Menetapkan harga maksimum ke atas barang-barang keperluan musim perayaan.
  • Pengguna mudah memperolehi barang-barang keperluan musim perayaan pada harga yang ditentukan.

TEMPOH PELAKSANAAN SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN

Tempoh pelaksanaan Skim Harga Maksimum Perayaan ditetapkan mengikut keperluan musim perayaan berkenaan. seperti contoh berikut:

  • Hari Raya Puasa: Tempoh pelaksanaan adalah selama 15 hari (Sebelum, Semasa dan Selepas perayaan).
  • Hari Krismas: Tempoh pelaksanaan adalah selama 5 hari (Sebelum, Semasa dan Selepas perayaan).
  • Hari Deepavali: Tempoh pelaksanaan adalah selama 10 hari (Sebelum, Semasa dan Selepas perayaan).
  • Hari Tahun Baru Cina: Tempoh pelaksanaan adalah selama 12 hari (Sebelum, Semasa dan Selepas perayaan).

TARIKH KUATKUASA SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN

Tarikh kuatkuasa Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Raya Puasa 2021 ialah:

  • 21 April 2021 hingga 20 Mei 2021 (30 hari)

JENIS BARANG HARGA TERKAWAL HARI RAYA PUASA 2021

 Jenis barang harga terkawal bagi Hari Raya Puasa 2021 ialah:
Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021. Ini Senarai Mengikut Kategori

SENARAI HARGA YANG DITETAPKAN

Berikut adalah senarai harga yang ditetapkan bagi sepanjang tempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Raya Puasa 2021:
Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021. Ini Senarai Mengikut Kategori

KEWAJIPAN PENIAGA

Kewajipan peniaga ketika bagi sepanjang tempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Raya Puasa 2021 dijalankan adalah seperti berikut:

  • Meletakkan label berwarna merah jambu khusus bagi barang harga terkawal sahaja. Label tersebut hendaklah menunjukkan harga bagi setiap unit, perihal dan gred atau kualiti barang berkenaan.
  • Tidak boleh menjual barang tersebut melebihi harga maksimum yang ditentukan.
  • Memastikan bekalan barang harga terkawal yang dijual mencukupi.

KESALAHAN PENIAGA PERLU ELAKKAN

Peniaga yang menjual barangan kawalan ini perlu mengelakkan daripada melakukan kesalahan seperti:

  • Menjual barang harga terkawal melebihi harga maksimum.
  • Gagal menggunakan label berwarna merah jambu bagi barang harga terkawal.
  • Tidak meletakkan tanda harga kepada barangan yang dipamerkan untuk jualan.

Baca juga: Waktu Operasi Bazar Ramadan & Bazar Aidilfitri Seluruh Negara

DENDA DIKENAKAN

Peniaga yang tidak mematuhi arahan yang ditetapkan akan dikenakan denda seperti berikut:

  • Orang Perseorangan: Maksimum RM 100,000 dan/atau tiga tahun penjara
  • Pertubuhan Perbadanan: Maksimum RM500,000

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Raya Puasa 2021 sila hubungi KPDNHEP di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...