Waktu Operasi Bazar Ramadan & Bazar Aidilfitri Seluruh Negara
Informasi / Ringkasan Artikel

Waktu Operasi Bazar Ramadan & Bazar Aidilfitri Seluruh Negara

Pengumuman oleh Menteri Kanan Keselamatan mengenai kebenaran operasi Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri telah melegakan seluruh rakyat Malaysia kerana dapat merasai kemeriahan Ramadan walaupun...

Status: Aktif Bacaan: 1 min baca Fokus: Informasi Update: 31 Mar
Intipati 01 Pengumuman oleh Menteri Kanan Keselamatan mengenai kebenaran operasi Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri telah melegakan seluruh.
Intipati 02 Suasana sambutan menjelang Aidilfitri tahun ini digambarkan lebih meriah dan bermakna berbanding tahun lalu apabila kerajaan.
Intipati 03 Tetapi ingat, operasi Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri akan dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Pengumuman oleh Menteri Kanan Keselamatan mengenai kebenaran operasi Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri telah melegakan seluruh rakyat Malaysia kerana dapat merasai kemeriahan Ramadan walaupun sedang menghadapi pandemik Covid-19.

Suasana sambutan menjelang Aidilfitri tahun ini digambarkan lebih meriah dan bermakna berbanding tahun lalu apabila kerajaan pada Selasa bersetuju membenarkan operasi bazar Ramadan, bazar Aidilfitri dan solat tarawih di seluruh negara pada bulan Ramadan ini.

Tetapi ingat, operasi Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri akan dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Baca juga: 3 Kategori Kompaun Kesalahan & Kadar Pengurangan Mengikut Hari

SOP BAZAR RAMADAN & BAZAR AIDILFITRI

SOP bagi penganjuran bazar akan ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri, dan kebenaran solat tarawih pula tertakluk kepada SOP dan keputusan pihak berkuasa agama negeri.

Antara SOP yang perlu dipatuhi ialah:

  • Lokasi di kawasan terbuka
  • Menyediakan laluan sehala (pintu masuk dan keluar berbeza)
  • Pendaftaran MySejahtera di pintu masuk
  • Kawalan jumlah pengunjung

WAKTU OPERASI BAZAR RAMADAN

Waktu operasi yang dibenarkan ialah:

  • Bazar Ramadan : 3.00 petang hingga 8.00 malam
  • Bazar Aidilfitri: 10.00 pagi hingga 12.00 pagi

KEBENARAN SOLAT TARAWIH BERJEMAAH

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal juga membenarkan solat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau di seluruh negara dengan:

  • Jumlah kehadiran jemaah adalah tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri-negeri.

Waktu Operasi Bazar Ramadan & Bazar Aidilfitri Seluruh Negara

SOP OPERASI BAZAR RAMADAN & BAZAR AIDILFITRI

Waktu Operasi Bazar Ramadan & Bazar Aidilfitri Seluruh Negara

3 KATEGORI KOMPAUN KESALAHAN

3 Kategori Kompaun Kesalahan & Kadar Pengurangan Mengikut Hari

SUMBER

Teruskan membaca

Lihat artikel berkaitan dan semakan aktif supaya anda tidak terlepas maklumat penting dalam topik ini.

Buka Kategori