Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon RM500 Bantuan Zakat Selangor Peduli Secara Online Untuk Golongan B40 Hilang Kerja

2,619

Golongan rentan seperti golongan B40 di negeri Selangor yang terjejas pendapatan dan kehilangan pekerjaan dipelawa untuk memohon Bantuan Zakat Selangor Peduli sebanyak RM500 secara one-off.

Anda boleh membuat permohonan secara online di lawan rasmi Zakat Selangor seperti yang akan dikongsikan disini.

Jika anda termasuk dalam golongan ini, anda boleh buat permohonan dengan segera melalui Bantuan Zakat Selangor Peduli ini.

Baca juga: Cara Mohon RM500 One-Off Bantuan Cakna OKU YKN (MAIWP Prihatin). Pelbagai Bangsa & Bukan Islam Boleh Mohon

INFO RINGKAS BANTUAN ZAKAT SELANGOR PEDULI

Bantuan Zakat Selangor Peduli ialah inisiatif Lembaga Zakat Selangor dalam membantu golongan yang terjejas akibat COVID-19. Bantuan ini adalah kesinambungan daripada produk bantuan sebelum ini, iaitu Bantuan Khas COVID-19 (BKC19) dan Bantuan Alternatif Insan Terkesan (BAIT).

Bantuan ini ditawarkan kepada individu B40 yang terjejas pendapatan dan hilang pekerjaan yang memenuhi syarat dan kriteria yang tertentu. Ia BUKAN UNTUK ASNAF fakir, miskin dan muallaf yang berdaftar dengan LZS. Permohonan bantuan ini dibuka secara rasminya bermula bulan Julai 2021.

Cara Mohon RM500 Bantuan Zakat Selangor Peduli Secara Online Untuk Golongan B40 Hilang Kerja

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT SELANGOR PEDULI

Tarikh permohonan Bantuan Zakat Selangor Peduli telah dibuka mulai:

  • 2 Julai 2021
Nota: Tempoh bantuan ini adalah 6 bulan bermula daripada tarikh kelulusan. Sepanjang tempoh 6 bulan, pemohon boleh memohon Bantuan Keperluan Hidup sebanyak 3 kali berdasarkan keterangan dalam Perkara 10.

JUMLAH BANTUAN ZAKAT SELANGOR PEDULI

Jumlah bantuan yang akan diterima oleh golongan B40 terjejas pendapatan dan hilang pekerjaan adalah sebanyak:

  • RM500/one-off

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT SELANGOR PEDULI

Syarat kelayakan permohonan Bantuan Zakat Selangor Peduli adalah seperti berikut:

  • Beragama Islam
  • Warganegara atau pemastautin tetap (PR)
  • Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).
  • Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah.
  • Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.

Bagi pemohon yang dibanci menggunakan Had al-Kifayah pula perlu memenuhi kriteria seperti berikut:

  • Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
  • Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
  • Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
  • Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan Bantuan Zakat Selangor Peduli, anda boleh terus layari laman web rasmi Zakat Selangor di:

Cara Mohon RM500 Bantuan Zakat Selangor Peduli Secara Online Untuk Golongan B40 Hilang Kerja

  • Isikan huruf captcha dan masukkan nombor kad pengenalan anda. Seterusnya klik Semak untuk membuat semakan.

DOKUMEN LAMPIRAN

Lampirkan bersama dokumen berikut bersama borang permohonan. Permohonan anda akan ditolak sekiranya gagal mengemukakan dokumen seperti yang diminta:

  1. Salinan I/C ketua keluarga dan pasangan
  2. Salinan I/C atau sijil kelahiran tanggungan
  3. Slip pendapatan atau pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri.
  4. Pengesahan pemberhentian kerja atau diarah cuti tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan (bagi yang bekerja)
  5. Dokumen pendaftaran atau lesen perniagaan (sekiranya berkaitan)
  6. Maklumat bank yang mengandungi nama bank, nama pemegang akaun dan nombor akaun bank untuk urusan pembayaran terus ke akaun pemohon.
  7. Bil utiliti TNB / Air / IWK / Cukai dll (satu sahaja)
  8. Pengesahan status perkahwinan (dimuat naik dalam lain-lain dokumen dalam portal).
  9. Pengesahan / Memo status kesihatan pemohon/tanggungan daripada pakar atau doktor perubatan (sekiranya memilih pernyataan masalah (b))
  10. Sebut harga / penggesahan kos rawatan daripada pakar, doktor perubatan, farmasi atau syarikat pembekal. (sekiranya memilih pernyataan masalah (b))
  11. Dokumen berkaitan dengan hutang yang perlu dijelaskan dengan kadar segera. (sekiranya memilih pernyataan masalah (c))

Mereka yang hilang pekerjaan perlu mengisi Borang Akuan Hilang Pekerjaan seperti berikut:

BORANG AKAUN HILANG PEKERJAAN

KAEDAH PEMBAYARAN BANTUAN ZAKAT SELANGOR PEDULI

Kaedah pembayaran bagi Bantuan Zakat Selangor Peduli adalah seperti berikut:

  • Kaedah Electronic Fund Transfer (EFT)

Oleh itu, pemohon mesti memastikan:

  • Akaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran.
  • Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama.
  • Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT SELANGOR PEDULI

Anda boleh membuat semakan status permohonan seperti berikut:

  • Status permohonan boleh disemak melalui pautan Zakat Selangor Peduli selepas 7 hari bekerja
  • Bagi yang ingin mendapatkan Status Bayaran Zakat (Sekiranya lulus), anda boleh menyemak dengan Login ke Sistem eZakat ONLINE kami di pautan ini : Sistem eZakat ONLINE

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang mklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Bantuan Zakat Selangor Peduli sila hubungi Zakat Selangor di:

  • Telefon: 1 300 88 4343
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...