Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Elaun Sehingga RM1,350. Ini Cara Mohon Program Latihan Industri Bank Negara Malaysia Selama 2 Hingga 6 Bulan. Semak Kelayakan Disini

2,589

Pelajar yang sedang mencari tempat untuk latihan industri boleh memohon Program Latihan Industri Bank Negara Malaysia 2021 (Kuala Lumpur) yang telah dibuka permohonannya.

Anda juga bakal dipelawa untuk melalui laluan khas menghadiri temuduga bagi Program Graduan Kijang sekiranya menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang latihan industri.

Semak syarat kelayakan untuk mengikuti Program Latihan Industri Bank Negara Malaysia 2021 (Kuala Lumpur) seperti yang dikongsikan disini.

Baca juga: Karnival Institusi Pendidikan MARA (IPMA) 2021 Untuk Lepasan SPM/STPM/STAM. Dapatkan Surat Tawaran & Pinjaman Pelajaran MARA Disini

INFO RINGKAS PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BANK NEGARA MALAYSIA

Program Latihan Industri Bank Negara Malaysia 2021 (Kuala Lumpur) ini terbuka buat pelajar IPT yang mempunyai kaitan dengan isu-isu penting berhubung dengan ekonomi negara.

Bagi memainkan peranan ini, pelajar mungkin terlibat dalam fungsi utama perbankan pusat seperti pengawasan, penyelidikan, penggubalan dasar, pengawalseliaan perbankan, analisis, operasi, teknologi dan lain-lain.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan dan menghantar dokumen yang diperlukan seperti tarikh berikut:

  • Selewat-lewatnya 31 Julai 2021 untuk dipertimbangkan bagi pengambilan Oktober 2021, atau
  • Selewat-lewatnya 31 Januari 2022 untuk dipertimbangkan bagi pengambilan Latihan Industri pada bulan Mac & Musim Panas 2022.

ELAUN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BANK NEGARA MALAYSIA

Pelatih juga akan menerima elaun sebanyak:

  • RM1,350 sebulan.

SYARAT KELAYAKAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI BANK NEGARA MALAYSIA

Syarat kelayakan untuk mengikuti Program Latihan Industri Bank Negara Malaysia 2021 (Kuala Lumpur) ialah seperti berikut:

  • Kini menetap di Malaysia dan merupakan warganegara Malaysia.
  • Dijangka mecapai CGPA 3.5/4, atau ijazah kelas kedua atas (2:1) atau WAM 75% dalam ijazah sarjana muda atau sarjana dalam mana-mana disiplin daripada institusi akademik terkemuka;
  • Bersedia memberikan komitmen antara 2 hingga 6 bulan untuk program latihan industri.

DOKUMEN SOKONGAN

Lengkapkan permohonan anda bersama dokumen berikut dalam bentuk format PDF:

  • Borang Permohonan Latihan Industri
  • Biodata (CV)
  • Keputusan/Transkrip Akademik Terkini
  • Slip Keputusan Pra-Universiti/Diploma, mana-mana yang berkenaan (Cth: Program Asas, Matrikulasi, STPM, O-Level, A-Level, Program Ijazah Amerika, Matrikulasi Australia, International Baccalaureate)
  • Salinan Kad Pengenalan anda
  • Surat penempatan program Latihan industri (jika ada)

Hantar permohonan anda di: [email protected]

Nota: Sila ambil maklum bahawa memandangkan jumlah permohonan yang tinggi, BNM hanya akan menghubungi calon-calon yang disenarai pendek sahaja.

PENEMPATAN

Sekiranya permohonan diluluskan:

  • Pelatih akan ditempatkan di pelbagai jabatan di seluruh BNM bergantung pada kekosongan tempat.
  • BNM akan menempatkan pelajar di jabatan yang sesuai berdasarkan pilihan dan kelayakan akademik yang akan dapat memberikan kesan yang terbaik dan memperoleh pengalaman berharga.

Elaun Sehingga RM1,350. Ini Cara Mohon Program Latihan Industri Bank Negara Malaysia Selama 2 Hingga 6 Bulan. Semak Kelayakan Disini

Baca juga: Moratorium Automatik Tanpa Syarat Untuk Semua Golongan & PKS Terjejas

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Latihan Industri Bank Negara Malaysia 2021 (Kuala Lumpur) di Pusat Perhubungan BNM TELELINK seperti berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...