Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Orang Johor, Jom Mohon Rumah Mampu Milik Johor Dengan Harga Serendah RM42,000. Semak Dahulu Syarat Kelayakan Disini

2,073

Rakyat negeri Johor yang ingin memiliki rumah sendiri boleh membuat permohonan rumah mampu milik di Taman Penawar Harmoni seperti yang telah diiklankan.

Anda mesti memenuhi syarat kelayakan perumahan Taman Penawar Harmoni, Johor dengan harga rumah serendah RM42,000 sahaja.

Apakah syarat kelayakan untuk membuat permohonan perumahan Taman Penawar Harmoni, Johor? Semak sahaja disini.

Baca juga: Update: Cara Mohon PPRT Untuk Bantuan Baik Pulih Atau Bina Baru Rumah Secara Atas Talian. Semak Kelayakan Disini

SYARAT KELAYAKAN PERUMAHAN TAMAN PENAWAR HARMONI, JOHOR

Untuk membuat permohonan, semak syarat kelayakan perumahan Taman Penawar Harmoni, Johor seperti berikut:

  • Terbuka kepada penduduk asal negeri Johor.
  • Keutamaan akan diberikan kepada penduduk yang menetap atau bekerja di dalam Wilayah KEJORA (Bandar Penawar, Pengerang dan Kota Tinggi).
  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahhun ke atas dan sudah menetap di negeri Johor lebih 10 tahun (bukan kelahiran Johor).
  • Bujang atau berkahwin.
  • Bagi pasangan suami siteri, hanya satu permohonan dibenarkan. Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu dibuat menggunakan nama isteri tersebut.
  • Bagi pemohon atau pasangan yang telah memiliki Rumah Kos Rendah (RKR) selama 10 tahun ke atas layak memiliki rumahkedua iaitu PKJ B.
  • Bagi pemohon atau pasangan yang sudah memiliki Rumah Kos Rendah atau Rumah Mampu Milik atau Rumah MEwah TIDAK LAYAK memohon.
  • Pemohon atau pasangan yang memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon rumah kedua mereka tetapi hanya bagi kategori RMMJ sahaja.
  • Hanya Satu Pemilikan Sahaja bagi Kedai Kos Sederhana (KKS) di dalam negeri Johor.

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan rumah Taman Penawar Harmoni, Johor sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Permohonan secara atas talian (online) hendaklah diisi dengan lengkap mengikut panduan yang disediakan. Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan.
  • Pemohon perlu klik link pada pautan ini sekiranya ingin membuat sebarang permohonan.
  • Pemohon juga perlu melengkapkan maklumat-maklumat yang diperlukan di dalam sistem berkenaan.
  • Permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dicetak terlebih dahulu dan disertakan bersama senarai semak dokumen yang telah disahkan.
  • Borang Permohonan yang telah disempurnakan mengikut langkah 4 di atas hendaklah disertakan bersama lampiran dokumen yang diperlukan berdasarkan senarai semak (checklist) di dalam borang permohonan.
  • Borang Permohonan boleh dipos atau diserahkan di alamat berikut :

    Bahagian Hartanah, KEJORA
    Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
    Bangunan Ibu Pejabat KEJORA,
    Jalan Dato’ Hj. Hassan Yunus,
    81930 Bandar Penawar, Johor

Nota:

  • Dokuman yang diserahkan selepas tarikh tutup tidak akan diproses walaupun telah mengisi permohonan secara dalam talian.
  • Mana-mana dokumen yang tidak lengkap sebagaimana senarai semak tidak akan diproses.
  • Pemohon yang pernah membuat permohonan Rumah Mampu Milik dan Kedai Kos Sederhana Taman Penawar Harmoni sebelum ini perlu membuat permohonan baru di dalam laman web kejora.

BORANG SENARAI SEMAK DOKUMEN & BORANG AKAUN SUMPAH

Muat turun borang senarai semak dokumen dan borang akaun sumpah disini:

Sila hantar borang serta dokumen berkaitan sebelum: 10 Ogos 2021

 

HARGA RUMAH

Harga rumah yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Perumahan Komuniti Jenis A: RM42,000 (Had maksimum pendapatan seisi rumah: RM4,000)
  • Perumahan Komuniti Jenis B: RM80,000 (Had maksimum pendapatan seisi rumah: RM6,000)
  • Rumah Mampu Milik Johor: RM150,000 (Had maksimum pendapatan seisi rumah: RM8,000)
  • Kedai Kos Sederhana: RM170,000 (Had maksimum pendapatan seisi rumah: RM13,000)

Orang Johor, Jom Mohon Rumah Mampu Milik Johor Dengan Harga Serendah RM42,000. Semak Dahulu Syarat Kelayakan Disini

Baca juga: Serendah RM280, Skim Bantuan Rumah Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) & BIMB

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai rumah mampu milik Taman Penawar Harmoni, Johor di talian berikut:

  • Fazri 07-8843417
  • Nuraine Surip 07-8843148
  • Abd Hadi Ijai 07-8843150
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...