Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Serendah RM280, Skim Bantuan Rumah Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) & BIMB

2,759

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menawarkan permohonan Skim Bantuan Rumah secara pembiayaan peribadi-i asnaf zakat dalam membantu para asnaf keluar dari kemelut kemiskinan mereka menerusi inisiatif tersebut.

Selain daripada Skim Bantuan Rumah, LZNK juga menyediakan pelbagai inisiatif untuk membantu para asnaf selain dari pemberian zakat kepada mereka.

Anda yang berminat, boleh dapatkan cara serta syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) seperti yang dikongsikan disini.

Baca juga: Cara Buat Bayaran Zakat Fitrah Melalui Maybank2u. Jimat Masa Anda!

TARIKH PERMOHONAN DIBUKA

Tarikh permohonan bagi Skim Bantuan Rumah Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Bank Islam Malaysia (BIMB) adalah seperti berikut:

  • 3 Mei 2021 hingga 3 Ogos 2021

TERMA & SYARAT PERMOHONAN SKIM BANTUAN RUMAH LZNK & BIMB

Berikut adalah terma dan syarat untuk permohonan Skim Bantuan Rumah LZNK dan BIMB ialah:

  • Skim bantuan ini khusus untuk rakyat negeri Kedah yang mempunyai gaji/elaun tetap bulanan antara RM1,200 hingga RM1,500.
  • Rumah pula bernilai RM45,000 seperti berikut:
    – RM22,500 (Dana LZNK)
    – RM22,500 (Pembiayaan Peribadi BIMB)
  • Bayaran bulanan RM280 sebulan

SYARAT & KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM BANTUAN RUMAH LZNK & BIMB

Syarat dan kelayakan untuk permohonan Skim Bantuan RUmah LZNK dan BIMB adalah seperti berikut:

  • Pemohon beragama Islam
  • Warganegara Malaysia dan bermaustatin serta bekerja di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  • Setiap pemohon dan pasangan hendaklah bergaji/elaun tetap tidak kurang daripada RM1,200 dan tidak melebihi RM1,500 sebulan serta mempunyai slip gaji. (Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000)
  • Berumur 25 tahun sehingga 40 tahun pada tarikh permohonan dan telah berkahwin.
  • Bukan penghutang penghakiman atau muflis.
  • Pemohon mempunyai geran tanah sendiri atau mendapat kebenaran daripada tuan tanah.
  • Tapak binaan rumah hendaklah selamat didiami dan bukan di kawasan tanah rizab, tepi sungai, tanah jerlus atau di kawasan-kawasan yang boleh membahayakan penghuni rumah.
  • Melepasi tapisan kelayakan daripada LZNK dan BIMB.

 

DOKUMEN SOKONGAN

Sertakan dokumen sokongan berikut ketika mengemukakan permohonan anda:

  • Borang permohonan ini mestilah diisi menggunakan HURUF BESAR
  • Dokumen utama seperti yang dinyatakan perlu disertakan bersama borang permohonan ini iaitu:
    – Salinan Kad Pengenalan pemohon (Depan & Belakang).
    – Salinan Kad Pengenalan/surat lahir bagi semua tanggungan/surat perakuan bagi anak angkat atau anak tiri.
    – Salinan sijil perkahwinan, surat cerai/sijil cerai/sijil kematian suami/isteri (jika berkenaan).
    – Salinan slip gaji, penyata pendapatan, surat pengesahan pendapatan dan sebagainya (jika berkenaan)
    – Bil Elektrik, Air, Telefon dan Lain-lain bil (jika berkenaan)
    – Salinan geran tanah bagi tujuan pembinaan rumah
  • Salinan Geran Tanah
    – Salinan Geran Tanah atas nama pemohon diutamakan
    – Surat perjanjian akuan bersumpah (jika tanah milik orang lain/nyatakan hubungan pemilik tanah dengan pemohon)
    – Akuan pemohon/pihak kedua/waris dan saksi-saksi (ditandatangani di setiap helaian bawah surat perjanjian dan ruangan akuan surat tersebut)
    – Surat kebenaran perjanjian menduduki tanah boleh dipohon di Pejabat Zakat yang berdekatan.
  • Gambar Rumah Pemohon
    – Gambar keadaan rumah semasa (4x penjuru, dalam-belakang-tepi-depan)
    – Gambar tapak rumah
Nota: Hanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan ditandatangani pemohon sahaja akan dipertimbangkan.
Serendah RM280, Skim Bantuan Rumah Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) & BIMB

BORANG PERMOHONAN SKIM BANTUAN RUMAH LZNK & BIMB

Anda juga boleh mendapatkan borang permohonan Skim Bantuan Rumah LZNK & BIMB disini:

DOWNLOAD BORANG

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Skim Bantuan Rumah LZNK dan BIMB sila hubungi:

  • Bahagian Operasi Agihan, Jabatan Agihan & Pembangunan Asnaf
    Aras 3, Menara Zakat, Jalan Telok Wan Jah
    05200 Alor Setar
  • Telefon: 04-7331740
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...