Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Buat Bayaran Zakat Fitrah Melalui Maybank2u. Jimat Masa Anda!

1,814

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Namun pandmeik Covid-19 telah menyebabkan seluruh manusia berhdapan dengan pelbagai perubahan iaitu mengamalkan hidup dengan norma baharu.

Pelbagai urusan dilakukan secara online dan urusan secara bersemuka telah dikurangkan untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Baca juga: Kadar Zakat Fitrah 2021 Mengikut Negeri Seluruh Malaysia & Cara Membuat Pembayaran Secara Online

CARA MEMBAYAR ZAKAT FITRAH MELALUI MAYBANK2U

Untuk membuat pembayaran zakat fitrah melalui Maybank2u adalah seperti berikut:

Cara Buat Bayaran Zakat Fitrah Melalui Maybank2u. Jimat Masa Anda!

  • Pilih PAY & TRANSFER.

Cara Buat Bayaran Zakat Fitrah Melalui Maybank2u. Jimat Masa Anda!

  • Pilih PAYEE.

Cara Buat Bayaran Zakat Fitrah Melalui Maybank2u. Jimat Masa Anda!

  • Pilih biller contoh: ZAKAT MELAKA dan pilih  ZAKAT FITRAH.
  • Masukkan AMOUNT, MOBILE NUMBER. Pilih KADAR ZAKAT dan DATE.
  • Akhir sekali klik PAY.
  • Transaksi anda telah berjaya.
Nota: Pada bahagian BILLER, anda boleh tarik senarai lembaga zakat yang berkaitan dan klik untuk meneruskan proses pembayaran zakat yang seterusnya.
Sertakan sekali niat zakat fitrah semasa membuat pembayaran seperti berikut:
“Inilah wang sebanyak RM__ bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas saya / dan tanggungan saya untuk tahun ini kerana Allah Taala.”

SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

KADAR ZAKAT FITRAH MENGIKUT NEGERI

Kadar zakat fitrah mengikut negeri adalah seperti berikut:

NEGERI KADAR BAYARAN PAUTAN BAYARAN ONLINE
Perlis RM7.00 www.maips gov. 
Kedah RM5.00/ RM7.00/ RM14.00 RM21.00 https://jom.zakatkedah.com.my/?
Pulau Pinang RM7.00/ RM12.00 / RM16.00 https://zakatpenang2u.com/
Perak RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 https://ezakat.maiamp.gov.my/
Selangor RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 https://fpx.zakatselangor.com.my/
Negeri Sembilan RM7.00 https://www.zakatns2u.biz/fitrah/
Melaka RM7.00/ RM14.00 https://ebayar.melaka.gov.my/
Johor RM7.00/ RM10.00 https://epayment.maij.gov.my/
Pahang RM7.00 https://ezakat.muip.gov.my/
Terengganu RM7.00 https://ezakat.maidam.gov.my/
Kelantan RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 https://www.e-maik.my/
Sarawak RM7.00 https://pelanggan.tbs.org.my/
Sabah RM6.00/ RM7.50 https://appszakat.sabah.gov.my/
Kuala Lumpur
Putrajaya
Labuan
RM5.00/ RM7.00 / RM14.00 https://www.maiwp.gov.my/

http://fitrah.zakat.com.my/

NOTA:

  • Negeri Yang Mempunyai Lebih Daripada Satu Kadar Zakat : Setiap pembayar zakat boleh memilih kadar zakat yang sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan mereka.
  • Contoh : Umat Islam di Negeri Melaka yang menjadikan makanan hariannya iaitu beras daripada jenis super tempatan perlu membayar sebanyak RM7. Manakala kadar RM14 pula bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya daripada beras import termasuklah dari beras wangi, beras basmathi dan seumpamanya.

Baca juga: Bayar Zakat Dengan Mudah Melalui Aplikasi Tulus. Download & Bayar Zakat Anda Sekarang

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...