Siapa Cepat, Dia Dapat! Ini Cara Mohon Laptop & Tablet Percuma Pelajar Sekolah Atau Penuntut IPT
Pelajar sekolah atau pelajar Institut Pengajian Tinggi yang memerlukan laptop dan tablet boleh mohon laptop dan tablet percuma yang akan diedarkan oleh YB Ir Izham Hashim, Exco Insfratruktur dan Pertanian Negeri Selangor.
Namun, anda perlu mohon dengan segera kerana laptop dan tablet percuma yang disediakan adalah sanat terhad dan siapa cepat dia akan dapat!
Berminat? Inilah terma dan syarat yang perlu anda penuhi untuk memohon laptop dan tablet percuma untuk pelajar.
Baca juga: Semak Cara Mohon Bantuan Khas RM500 ANIS OKU Selangor Secara Online Untuk OKU Terkesan Pendapatan
TUJUAN PEMBERIAN LAPTOP & TABLET PERCUMA
Isi Kandungan
Tujuan pemberian laptop dan tablet percuma diberikan kepada pelajar sekolah dan IPT ialah:
- Memudahkan anak-anak serta pelajar mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).
JENIS LAPTOP & TABLET
Jenis tablet adalah dari jenama:
- Lenovo
Manakala laptop pula:
- Acer
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Buat permohonan dengan segera sebelum:
- 31 Julai 2021
JUMLAH LAPTOP & TABLET PERCUMA
Jumlah laptop dan tablet percuma yang diberikan adalah seperti berikut:
- 25 buah laptop
- 25 buah tablet
SYARAT MOHON LAPTOP & TABLET PERCUMA
Syarat untuk mohon laptop dan tablet percuma adalah seperti berikut:
- Hanya untuk warga Selangor dan mereka yang beralamat di Selangor sahaja.
- Berumur 15 hingga 25 tahun sahaja.
- Pemohon mestilah pelajar sekolah atau penuntut IPT.
- Sila berikan nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat terkini.
- Nyatakan tujuan mengapa perlukan tablet dan laptop
CARA MOHON
Permohonan boleh dikemukakan melalui:
- Mesej terus (DM) di Twitter @IrIzhamHashim
Baca juga: Cara Mohon Bantuan Khairat Kematian RM1,000 Akibat Covid-19. Semak Syarat & Cara Mohon Disini
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.