Cara Mohon Pinjaman Perniagaan Skim Godigital Sehingga RM5,000 Yayasan Hijrah Selangor & Foodpanda
Sepanjang pandeik Covid-19 kali ini, pastinya para peniaga rasa sangat sukar untk memasarkan jualan masing-masing.
Untuk memudahkan anda memasarkan jualan masing-masing, para peniaga dipelawa untuk membuat Pinjaman Perniagaan Skim GoDigital sehingga RM5,000.
Jadi, para peniaga boleh membuat pemasaran melalui platform digital dan pemasaran perniagaan anda akan mudah dijalankan.
Baca juga: Skim Pembiayaan Go Digital Selangor, Hijrah Selangor & Pembiayaan Sehingga RM5,000. Mohon Disini
JUMLAH PINJAMAN PERNIAGAAN SKIM GODIGITAL
Isi Kandungan
Jumlah Pinjaman Perniagaan Skim GoDigital yang ditawarkan ialah sebanyak:
- RM1,000 hingga RM5,000
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon Pinjaman Perniagaan Skim GoDigital adalah seperti berikut:
- Sudah menjalankan perniagaan
- Mempunyai SSM atau berdaftar dengan PBT
- Rakyat Selangor, bermaustatin dan menetap di Selangor tidak kurang dari 5 tahun.
Syarat tambahan yang lain pula ialah:
- Perniagaan beroperasi melebihi 6 bulan.
- Aktiviti perniagaan dijalankan tidak bertentangan dengan undang-undang.
- Mematuhi syarat-syarat dan peraturan ditetapkan Hijrah Selangor.
CARA MOHON
Permohonan adalah secara online melalui pautan berikut:
- https://docs.google.com/forms/
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik Next untuk melengkapkan permohonan anda.
Baca juga: RM5,000 Geran Padanan Inisiatif Pendigitalan PKS BSN Untuk Dipohon. Semak Kelayakan Disini
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Jika anda mempunyai pertanyaan atau inginkan maklumat seterusnya mengenai Skim Pembiayaan GoDigital, sila hubungi talian bantuan di:
- 03-55191692
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.