Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

RM5,000 Geran Padanan Inisiatif Pendigitalan PKS BSN Untuk Dipohon. Semak Kelayakan Disini

1,588

Seiring dengan teknologi masa kini, usahawan PKS diajak utuk mengevolusikan perniagaan anda dengan teknologi digital terkini.

Bagi merealisasikan perniagaan anda dengan teknologi digital terkini, Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan permohonan Geran Padanan Inisiatif Pendigitalan PKS.

Semak syarat kelayakan yang ditetapkan dan buat permohonan disini.

Baca juga: Skim Mikro Kredit BSN PEMERKASA Sehingga RM50,000 Untuk Menyokong Perniagaan Usahawan

INFO RINGKAS GERAN PADANAN INISIATIF PENDIGITALAN PKS BSN

Inisiatif Pendigitalan PKS adalah geran inisiatif yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk menggunakan perkhidmatan digital dalam operasi perniagaan harian

Diperkenalkan oleh BSN untuk membantu PKS mengevolusikan perniagaan dnegan teknologi terkini dengan skop pendigitalan yang luas seperti:

  1. Sistem Di Tempat Jual Elektronik (e-POS)
  2. Sistem Penggajian Sumber Manusia (HR) / Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM)
  3. Pemasaran / Jualan Digital
  4. Perolehan
  5. Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) / Perakaunan & Cukai
  6.  Kerja Jarak Jauh
  7. E-Dagang

Tawaran menarik untuk mendapatkan penyelesaian digital daripada senarai panel MDEC.

JUMLAH PEMBIAYAAN

Jumlah pembiayaan Geran Padanan Inisiatif Pendigitalan PKS adalah sebanyak:

  • Sebanyak 50% atau maksimum RM 5,000 daripada jumlah invois.

SYARAT PERMOHONAN

Syarat permohonan Geran Padanan Inisiatif Pendigitalan PKS adalah seperti berikut:

  • Terbuka kepada PKS dan Koperasi yang berdaftar di bawah Akta yang relevan di Malaysia;
  • PKS dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% individu warganegara Malaysia;
  • PKS/Koperasi telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan;
  • PKS/Koperasi mempunyai jumlah purata jualan tahunan minimum sebanyak RM50,000.

DOKUMEN SOKONGAN

Lengkapkan permohonan anda dengan sertakan bersama dokumen sokongan seperti berikut:

  • Borang permohonan Insiatif Pendigitalan PKS yang telah dilengkapkan;
  • Salinan kad pengenalan atau pasport Pemilik Tunggal/Pengarah / Rakan Kongsi PKS / pemohon yang dilantik Koperasi, yang mana berkenaan;
  • Salinan lesen pendaftaran PKS (SSM atau lain-lain borang seumpamanya di bawah Akta Syarikat 2016). Bagi koperasi, salinan sijil pendaftaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM);
  • Penyata akaun beraudit terkini atau penyata akaun pengurusan kewangan terkini atau penyata bank PKS/Koperasi untuk dua (2) bulan terkini;
  • Sebut harga/inbois pembayaran daripada Pembekal Perkhidmatan yang disenaraikan oleh MDEC; dan;
  • Dokumen dan maklumat lain yang diperlukan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.

CARA MOHON GERAN PADANAN INISIATIF PENDIGITALAN PKS BSN

Ikuti langkah-langkah permohonan Geran Padanan Inisiatif Pendigitalan PKS BSN seperti berikut:

  • Pemohon hendaklah berkomunikasi dan melantik salah satu atau lebih panel Pembekal Perkhidmatan yang disenaraikan oleh MDEC untuk melaksanakan mana-mana Perkhidmatan Pendigitalan (maksimum 3 perkhidmatan digital).
  • Pemohon hendaklah melengkapkan dan menghantar BORANG PERMOHONAN berserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan kepada Pembekal Perkhidmatan.
  • Pembekal Perkhidmatan hendaklah mengemukakan permohonan PKS berserta dokumen sokongan kepada pihak Bank.
  • Setelah permohonan diluluskan, pemohon bertanggungjawab membuat pembayaran 50% atau lebih di mana pihak Bank akan membayar 50% daripada jumlah inbois atau sehingga RM5,000 kepada Pembekal Perkhidmatan.

RM5,000 Geran Padanan Inisiatif Pendigitalan PKS BSN Untuk Dipohon. Semak Kelayakan Disini

Baca juga: Dapatkan Pembiayaan Sehingga RM50,000 Untuk Ubahsuai Premis Perniagaan. TemanMesra BSN Jadikan Impian Anda Sebagai Kenyataan

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai Geran Padanan Inisiatif Pendigitalan PKS BSN sila hubungi:

  • MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd): 1-800-88-8338
  • BSN (Bank Simpanan Nasional): 1-300-88-1900
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...