Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Dapatkan Pembiayaan Sehingga RM50,000 Untuk Ubahsuai Premis Perniagaan. TemanMesra BSN Jadikan Impian Anda Sebagai Kenyataan

1,534

Buntu mana nak dapatkan pembiayaan untuk ubahsuai premis perniagaan atau modal kerja dan pembelian aset perniagaan anda?

Bank Simpanan Nasional (BSN) ada menyediakan pembiayaan buat sehingga RM50,000 untuk anda mereliasasikan impian anda terutamanya perniagaan yang telah anda usahakan.

Inilah syarat kelayakan yang diperlukan untuk anda membuat permohonan pembiayaan TemanMesra BSN dengan pembiyaan sehingga RM50,000 maksimum.

Baca juga: Skim Mikro Kredit BSN PEMERKASA Sehingga RM50,000 Untuk Menyokong Perniagaan Usahawan

INFO RINGKAS TEMANMESRA BSN

Pembiayaan TemanMesra BSN merupakan satu bentuk pembiayaan kepada usahawan yang ingin membuat pinjaman bagi tujuan seperti berikut:

  • Modal Kerja
  • Pembelian Aset
  • Ubahsuai Premis Perniagaan

JUMLAH PINJAMAN

Jumlah pinjaman adalah sebanyak:

  • RM5,000 sehingga RM50,000

Tempoh pinjaman pula adalah selama:

  • 1 hingga 5 tahun

SEKTOR PERNIAGAAN DIBENARKAN

Antara sektor perniagaan yang dibenarkan untuk membuat pembiayaan TemanMesra BSN ialah:

  • Peruncitan dan Pemborongan
  • Pembuatan
  • Perkhidmatan

Baca juga: RM20,000 Minimum Loan Untuk Beli Kereta Second Hand Melalui BSN MyAuto-i UsedCar

SYARAT KELAYAKAN TEMANMESRA BSN

Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk permohonan pinjaman TemanMesra BSN adalah seperti berikut:

  • Perusahaan Mikro (Syarikat Pemilikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd. termasuk perniagaan Profesional)
  • Dimiliki oleh warganegara Malaysia
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / Badan Profesional berkaitan (untuk perniagaan Profesional)
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang kurangnya dua (2) tahun

DOKUMEN SOKONGAN

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah mengikut kategori seperti berikut:

Pemilikan Tunggal / Perkongsian

  • Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah / Sijil Amalan (untuk perniagaan profesional)
  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal / Rakan Kongsi
  • Penyata Akaun yang digunakan untuk tujuan percukaian (Management Account) untuk 2 tahun terkini
  • Penyata akaun bank syarikat untuk 6 bulan terkini

Syarikat Sdn. Bhd.

  • Dokumen Disahkan Benar (Certified True Copy (CTC)) seperti berikut :- Borang 9, 24, 44, 49
    – Memorandum & Artikel Penubuhan (M&A)
  • Resolusi Ahli Lembaga Pengarah
  • Salinan Kad Pengenalan semua Pengarah / Pemegang Saham / Penjamin (jika ada)
  • Penyata Kewangan Syarikat Beraudit / Penyata Akaun yang digunapakai untuk tujuan percukaian (Management Account) untuk 2 tahun terkini
  • Penyata akaun bank syarikat untuk 6 bulan terkini
  • Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank

CARA MOHON TEMANMESRA BSN

Permohonan adalah secara online seperti berikut:

Dapatkan Pembiayaan Sehingga RM50,000 Untuk Ubahsuai Premis Perniagaan. TemanMesra BSN Jadikan Impian Anda Sebagai Kenyataan

  • Isikan maklumat yang diperlukan dan klik CONTINUE sehingga selesai permohonan anda.

Cara mohon dengan lebih lengkap sila klik: https://www.bsn.com.my/

Baca juga: Cara Mohon Pembiayaan Agrofood Facility (AF) PKS BSN Dengan Pinjaman Sehingga RM250,000. Mohon Secara Online Sahaja

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi Credit Supervisory Team:

Dapatkan Pembiayaan Sehingga RM50,000 Untuk Ubahsuai Premis Perniagaan. TemanMesra BSN Jadikan Impian Anda Sebagai Kenyataan

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...