Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Rayuan BPR 2021 Dibuka Mulai 15 Jun 2021 & Ini Cara Membuat Rayuan Yang Anda Perlu Tahu

10,105

Pemohon BPR 2021 yang tidak lulus permohonannya diberi peluang untuk membuat rayuan secara online dan anda perlu mengemukakan dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

Untuk pengetahuan anda juga, bayaran BPR 2021 Fasa Kedua telah mula dibayar mulai 7 Mei 2021 secara berperingkat ke akaun penerima BPR 2021 masing-masing.

Bagi anda yang tidak lulus permohonan dan ingin membuat rayuan, dapatkan cara membuat rayuan bagi BPR 2021 Fasa Kedua pada perkongsian ini.

TARIKH PERMOHONAN RAYUAN BPR 2021

Permohonan berstatus gagal boleh membuat rayuan mulai:

  • 15 Jun 2021 hingga 30 Jun 2021

Rayuan boleh dibuat dalam tempoh ini kerana kerajaan sedar bahawa kemungkinan ada rakyat yang layak menerima BPR tetapi masih belum didaftarkan dalam pangkalan data.

Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan

ALASAN TIDAK LULUS BPR FASA 2

Alasan tidak lulus BPR Fasa 2 adalah seperti berikut:

  • 05: Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
  • 12: Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham/Pengarah Syarikat/Perkongsian Liabiliti Terhad
  • 36: Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
  • 31: Status perkahwinan perlu pengesahan
  • 39: Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan

Tarikh Permohonan Rayuan BPR 2021 & Ini Cara Membuat Rayuan Yang Anda Perlu Tahu

CARA MEMBUAT RAYUAN BPR 2021 FASA 2

Untuk membuat rayuan BPR 2021 Fasa 2, anda boleh ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini:

Tarikh Permohonan Rayuan BPR 2021 & Ini Cara Membuat Rayuan Yang Anda Perlu Tahu

  • Klik LOG MASUK.
  • Isikan No MyKad dan klik SEMAK.
  • Klik YA untuk sahkan kata kunci keselamatan anda.
  • Jawab semula SOALAN KESELAMATAN yang dipaparkan.
  • Klik SEMAKAN STATUS.
  • Jika permohonan TIDAK LULUS, klik PERMOHONAN RAYUAN.
  • Buat permohonan rayuan dan hantar permohonan anda.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) di saluran berikut:

  • Hotline BPR LHDNM: 1 800 88 2747
  • Hotline BPR MoF: 03 8882 4565 / 03 8882 4566
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...