PDPR Dilanjutkan Sehingga 31 Ogos. Ini Jadual PDPR & Sekolah Dibuka Secara Berperingkat Pada 1 September
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan bahawa sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan sehingga 31 Ogos 2021.
Sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diteruskan berikutan keadaan pandemik Covid-19 yang semakin meruncing sejak akhir-akhir ini.
Teruskan bacaan anda dan semak tarikh sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) seperti yang dikongsikan disini.
Baca juga: Kaedah PdPR KPM Menggunakan Modul & Berasaskan Projek
TARIKH LANJUTAN PDPR
Isi Kandungan
Untuk pengetahuan anda PdPR telah dilanjutkan sehinga tarikh berikut:
- 31 Ogos 2021
TARIKH PERSEKOLAHAN SECARA BERSEMUKA
Tarikh bagi persekolahan secara bersemuka pula akan bermula secara berperingkat pada:
- 1 September 2021
Sesi persekolahan secara bersemuka akan dijalankan pada tarikh tersebut berikutan majoriti tenaga pengajar sudah divaksinasi dalam tempoh sekarang.
SEKOLAH TERLIBAT
Antara sekolah yang terlibat ialah:
- Semua sekolah kerajaan
- Sekolah bantuan kerajaan
- Sekolah swasta
- Institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM
JADUAL PELAKSANAAN PDPR
Berikut adalah jadual pelaksanaan PdPR untuk rujukan anda:
- Sesi Persekolahan Negeri Fasa 2 PPN: Murid kelas peperiksaan sahaja
- Sesi Persekolahan Negeri Fasa 3 PPN: Semua murid secara berperingkat
Menurut kenyataan itu lagi, perincian lanjut mengenai pembukaan sekolah secara bersemuka akan dimaklumkan selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka dan sebarang perubahan akan dimaklumkan lebih awal.
Keputusan tersebut dicapai melalui perbincangan kementerian itu bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
KENYATAAN MEDIA
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.