Tak Boleh Rentas Negeri Guna Surat MITI Untuk Pulang Beraya Ya! Ini Penjelasan PDRM

Orang ramai pastinya tahu bahawa surat MITI merupakan salah satu dokumen penting bagi sesebuah syarikat dan pekerja menjalanjan operasi serta kebenaran perjalanan kepada pekerja yang bertugas.

Jadi, ramai juga yang beranggapan dengan adanya surat MITI ini, mereka boleh kemana sahaja dan mendapat pelepasan daripada pihak Polis tanpa sebarang masalah.

Anda tersilap! Pihak PDRM telah memaklumkan bahawa anda tidak boleh pulang beraya dengan surat MITI ya!

Baca juga: Terkini: Permohonan Beroperasi Perniagaan Sepanjang Tempoh Total Lockdown Perlu Melalui CIMS 3.0 MITI. Ini Caranya

INFO RINGKAS SURAT MITI

Syarikat yang mendapat kelulusan untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) wajib memberi surat kebenaran perjalanan kepada pekerja yang bertugas.

Ia juga perlu melampirkan bersama surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

MITI berkata, syarikat perlu juga menyenaraikan nama pekerja yang dikenalpasti membawa surat kebenaran perjalanan itu untuk pergerakan mereka dari kediaman ke kilang atau premis masing-masing.

Jumlah surat kebenaran itu hanya boleh dikeluarkan oleh pihak syarikat kepada pekerja mereka saja mengikut bilangan pekerja yang telah diluluskan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

Walau bagaimanapun, kelulusan yang diberikan boleh dibatalkan dan ditarik balik sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi oleh syarikat.

TARIKH SURAT MITI TIDAK DITERIMA PDRM

Menurut PDRM dalam kenyataan media oleh Ketua Polis Negara, tarikh surat MITI tidak diterima PDRM sebagai kelulusan pergerakan adalah bermula pada tarikh berikut:

  • 18 Julai 2021 hingga 21 Julai 2021

TUJUAN SURAT MITI TIDAK DITERIMA PDRM

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tindakan ini diambil bagi:

  • Mengelakkan orang ramai menyalahgunakan surat tersebut bagi merentas negeri untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

Semua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan-sempadan negeri telah diarahkan meningkatkan penguatkuasaan serta tidak menerima dokumen MITI sebagai kelulusan pergerakan yang sah.

URUSAN KECEMASAN & URUSAN KESIHATAN

Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, bagaimanapun larangan itu tidak terpakai bagi urusan berikut:

  • Urusan kecemasan dengan kebenaran polis.
  • Urusan kesihatan termasuk vaksinasi.

Mana-mana pihak yang didapati melanggar larangan itu akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi.

Baca juga: Cara Daftar Safe@Work MITI & Semak Kelebihannya Yang Majikan Perlu Tahu

KENYATAAN MEDIA

Tak Boleh Rentas Negeri Guna Surat MITI Untuk Pulang Beraya Ya! Ini Penjelasan PDRM

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.