Alert Ya Ibu Bapa! Permohonan Kemasukan Tadika Islam MAIWP Sesi 2022 Dibuka. Mohon Online Disini

Ibu bapa yang menetap di Wilayah Persekutuan dan mempunyai anak-anak berumur 5 dan 6 tahun boleh membuat persediaan untuk permohonan kemasukan ke Tadika Islam MAIWP bagi Sesi 2022.

Untuk pengetahuan anda juga, permohonan untuk kemasukan ke Tadika Islam MAIWP bagi Sesi 2022 kali ini juga adalah secara online.

Bilakah tarikh pendaftaran permohonan untuk kemasukan kemasukan ke Tadika Islam MAIWP bagi Sesi 2022? Semak sini untuk maklumat lanjut.

TARIKH PENDAFTARAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE TADIKAN ISLAM MAIWP SESI 2022

Tarikh pendaftaran permohonan ke Tadika Islam MAIWP bagi Sesi 2022 adalah seperti berikut:

  • 16 Ogos 2021 hingga 30 Ogos 2021

Baca juga: 7 Jenis Bantuan Bentuk Makanan Kepada Asnaf Melalui Food On The Asnaf Table MAIWP, Hubungi MAIWP & Dapatkan Bantuan Yang Diperlukan

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

  • Pemohon (murid) adalah warganegara Malaysia
  • Keutamaan kepada ibu / bapa / penjaga yang bekerja atau menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan
  • Pendaftaran Prasekolah 5 tahun adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari hingga 31 Disember 2017
  • Pendaftaran Prasekolah 6 tahun adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari hingga 31 Disember 2016 (murid baru)
  • Sihat tubuh badan dan tidak mengalami penyakit kronik / kritikal
  • Pengambilan murid terhad kepada bilangan kelas yang sedia ada sahaja

SYARAT TAMBAHAN

  • Diutamakan kepada pendapatan kasar isi rumah yang tidak melebihi RM8,000.00
  • Lulus Ujian Penilaian Kendiri yang akan dilaksanakan oleh MAIWP Cawangan Putrajaya (tarikh ujian akan dimaklumkan oleh MAIWP Cawangan Putrajaya)

DOKUMEN SOKONGAN WAJIB

Lengkapkan permohonan anda dengan menyertakan bersama dokumen sokongan wajib seperti berikut:

  • Salinan Sijil Kelahiran Murid dan Mykids Murid
  • Salinan Kad Pengenalan / Passport Ibu dan Bapa / Penjaga
  • Satu salinan Penyata Gaji / Pencen Ibu dan Bapa / Penjaga terkini
  • Surat akuan sumpah pendapatan terkini (yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah) sekiranya ibu / bapa / penjaga yang tiada slip gaji / bekerja sendiri / tidak bekerja
  • Satu salinan cukai pintu atau bil utiliti kediaman semasa
  • Salinan rekod kesihatan – Rekod Imunisasi Murid

CARA MOHON

Cara mohon adalah secara online di pautan berikut:

  • https://www.maiwp.gov.my
  • Ibu / Bapa / Penjaga DIWAJIBKAN mengisi borang permohonan kemasukan dengan lengkap secara online.
  • Keputusan permohonan / tawaran akan dimaklumkan melalui laman sesawang MAIWP mulai 24 September 2021 dan ibu/bapa /penjaga hendaklah membuat pengesahan terimaan tawaran selewat-lewatnya pada 1 Oktober 2021.

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Prihatin RM500 One-Off Kasih Asnaf 3.0 Penjaja DBKL, MAIWP. Semak Kelayakan Disini

Alert Ya Ibu Bapa! Permohonan Kemasukan Tadika Islam MAIWP Sesi 2022 Dibuka. Mohon Online Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Tadika Islam MAIWP bagi Sesi 2022, sila hubungi:

Bahagian Pembangunan Insan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Cawangan Putrajaya)

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Cawangan Labuan)

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.