Sediakan 3 Dokumen Ini & Dapatkan Bantuan One-Off Industri Pelancongan Negeri Sembilan Sehingga RM2,000 Tunai
Pengusaha pencongan di Negeri Sembilan dipelawa untuk memohon Bantuan One-Off Industri Pelancongan Negeri Sembilan dengan peruntukan sehingga RM1.71 juta.
Setiap pengusaha pelancongan akan menerima bantuan bermula dari RM250 sehingga RM2,000 mengikut kategori.
Teruskan bacaan anda dan dapatlan cara membuat permohonan Bantuan One-Off Industri Pelancongan Negeri Sembilan one-off sehingga RM2,000 disini.
INFO RINGKAS BANTUAN ONE-OFF INDUSTRI PELANCONGAN NEGERI SEMBILAN
Isi Kandungan
- Kerajaan Negeri menyedari situasi yang dihadapi oleh penggiat industri pelancongan di negeri ini sepanjang tempoh pandemik COVID-19 melanda sejak Mac 2020 yang lalu.
- Kekurangan atau hampir tiada pelancong mahupun pengunjung, ditambah sekatan pergerakan merentas daerah dan negeri, kekangan kewangan bagi menampung kos pengoperasian seperti cukai, utiliti, penyelenggaraan, gaji, promosi dan pemasaran semestinya menjadi cabaran terbesar untuk sektor ini.
SENARAI INSENTIF BANTUAN ONE-OFF INDUSTRI PELANCONGAN NEGERI SEMBILAN
Berikut adalah perincian mengenai senarai insentif Bantuan One-Off Industri Pelancongan Negeri Sembilan yang akan disalurkan iaitu:
- Bantuan tunai one-off kepada Persatuan Pelancongan Peringkat Negeri sebanyak RM2,000. Persatuan yang akan mendapat manfaat ini adalah Malaysia Association of Hotel (MAH NS), Malaysia Budget & Business Hotel (MyBHA NS), Malaysia Association of Tours & Travel Agent (MATTA) dan Bumiputera Travel & Tour Agents Association of Malaysia (BUMITRA).
- Bantuan tunai one-off sebanyak RM2,000 kepada Pengurusan Rumah Inap atau Homestay yang masih aktif dan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Sebanyak 7 buah Pengurusan Rumah Inap yang masih aktif dalam Negeri Sembilan akan mendapat manfaat ini iaitu:1.Homestay Pelegong, Seremban
2.Homestay Lonek, Jempol
3.Homestay Rawa, Lenggeng
4.Homestay Pachitan, Port Dickson
5.Homestay Kuala Klawang Jelebu
6. Homestay D’ Pelanduk Best, Port Dickson
7.Homestay Kampung Sg. Buloh, Jelebu.Keseluruhan peruntukan bagi bantuan ini adalah sebanyak RM14,000.00.
- Bantuan tunai one-off kepada Pemandu Pelancong Negeri Sembilan yang berdaftar dengan pihak MOTAC sebanyak RM250 yang akan memanfaatkan sejumlah 91 orang Pemandu Pelancong di bawah Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Sembilan (NSTGA).
- Diskaun atau rebat Cukai Taksiran bagi segmen penginapan dan hotel sebanyak 50 peratus bagi penggal kedua tahun 2021. Insentif ini dijangka akan melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri lebih RM1.51 juta.
- Diskaun atau rebat bagi Fi atau Lesen Perniagaan segmen penginapan dan hotel sebanyak 50 peratus bagi tahun 2022. Insentif ini dijangka akan melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri lebih RM123,000.00. Kedua-dua diskaun dan rebat ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 150 buah hotel dan penginapan di seluruh Negeri Sembilan.
KADAR BANTUAN MENGIKUT KATEGORI
Kadar bantuan yang akan disalurkan oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:
Persatuan Pelancongan (Peringkat Negeri)
- RM2,000 one-off
Rumah Inap (Homestay)
- RM2,000 one-off
Pemandu Pelancong Negeri Sembilan
- RM250 one-off
DISKAUN/REBAT
Dsikaun/rebat yang akan diberikan kepada pula seperti berikut:
Diskaun/Rebat Taksiran Hotel
- 50% bagi penggal ke-2 tahun 2021: RM1,510,031
Diskaun/Rebat Perniagaan Hotel
- 50% bagi tahun 2022: RM123,745
3 DOKUMEN DIPERLUKAN
Antara dokumen yang diperlukan untuk memohon Bantuan One-Off Industri Pelancongan Negeri Sembilan ialah:
- Salinan kad pengenalan
- Nombor pendaftaran Keahlian Persatuan & Salinan Kad Keahlian/Sijil Keahlian
- Nombor Akaun dan Salinan Penyata Akaun
Emelkan dokumen berikut ke emel berikut untuk lengkapkan permohonan anda:
Tajuk yang perlu diletakkan pada emel anda ialah:
- PERMOHONAN BANTUAN ONE-OFF PELANCONGAN NEGERI SEMBILAN BAGI KATEGORI_________________________
Baca juga: RM200 Sebulan. Ini Cara Mohon Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak HDC Bagi B40
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat selanjutnya mengenai Bantuan One-Off Industri Pelancongan Negeri Sembilan sehingga RM2,000 secara one-off di talian berikut:
- 06-765 9734
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.