Cara Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) Sarawak. Rumah Lebih Selesa & Selamat Buat Anda!
Semua orang mengimpikan kediaman yang lebih selesa dan selamat untuk didiami bersama ahli keluarga.
Untuk memastikan mereka yang tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri yang lebih selesa dan selamat, rakyat Sarawak khususnya, boleh memohon Bantuan Baik Pulih Rumah, Sarawak di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).
Ingin baiki rumah anda tetapi tidak tahu syarat kelayakan untuk mohon Bantuan Baik Pulih Rumah, Sarawak? Semak disini ya.
INFO RINGKAS BANTUAN BAIK PULIH RUMAH PPKB
Isi Kandungan
Menyediakan tempat kediaman yang selesa dan selamat untuk dihuni bagi menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti dan sejahtera untuk keluarga miskin.
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan yang bakal diterima oleh pemohon ialah:
- RM15,000 (Maksimum)
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BAIK PULIH RUMAH PPKB
Apa pula syarat kelayakan untuk mohon Bantuan Baik Pulih Rumah, Sarawak?
Ini syarat kelayakan permohonan yang anda perlu tahu:
- Ketua Isi Rumah (KIR) / Pemohon telah berdaftar dan disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih sama ada miskin tegar/ miskin/ mudah miskin/ terkeluar (kumpulan B40) sahaja.
- KIR menetap di dalam kawasan operasi PBT.
- Rumah yang didiami mengalami kerosakan kecil atau disebabkan faktor musibah seperti kebakaran, banjir dan ribut.
- Walaubagaimanapun, rumah masih boleh diduduki dan masih ekonomik untuk dibaiki. Bantuan baik pulih ini hanya melibatkan komponen-komponen asas rumah sahaja seperti bumbung, dinding, lantai, tingkap serta tidak melibatkan struktur asas rumah.
- Bagi tanah adat, surat pengesahan dari ketua kaum bagi mengesahkan rumah kampung tersebut adalah tanah adat dan bagi pengesahan KIR/ Pemohon sebagai penduduk di kampung tersebut.
- Sekiranya KIR/ Pemohon bukan pemilik tanah, mereka hendaklah mendapatkan surat kebenaran dari pemilik tanah beserta salinan geran tanah.
JENIS RUMAH LAYAK MOHON BANTUAN BAIK PULIH RUMAH
Antara rumah yang layak mohon Bantuan Baik Pulih Rumah adalah seperti berikut:
Landed House
- Sesebuah
- Berkembar
- Teres
- Rumah Kampung
SKOP BANTUAN
Antara skop bantuan untuk pembaikan adalah:
Komponen asas rumah
- Bumbung (kekuda dan alang)
- Atap
- Siling
- Tangga
- Dapur
- Tandas
- Bilik air
- Pintu
- Dinding
- Lantai simen/kayu
- Tingkap
- Perpaipan
- Perparitan (perimeter drain/saluran keluar)
- Pembentungan/kumbahan
- Pendawaian elektrik
CARA MOHON
Ingin baiki rumah anda?
Cara mohon adalah dengan muat turun borang permohonan dipautan berikut:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi di saluran berikut:
- Bahagian Penilaian & Percukaian,
Tingkat 1 Majlis Perbandaran Padawan - Telefon: 082-615566 ext 216/217/218/201
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.