Cara Membuat Temujanji Online Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melalui Sistem Temujanji Online (STO)
Anda yang ingin berurusan dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) diminta untuk membuat temujanji secara online terlebih dahulu sebelum hadir ke kaunter imigresen untuk urusan anda.
Anda juga diingatkan untuk TIDAK hadir ke Pejabat Imigresen secara walk-in kerana setiap urusan yang hendak dibuat mestilah melalui Janji Temu yang telah ditetapkan.
Apakah langkah-langkah untuk Janji Temu menggunakan Sistem Temujanji Online (STO)? Semak je disini.
INFO RINGKAS SISTEM TEMUJANJI ONLINE (STO)
Isi Kandungan
Sistem Temujanji Online (STO) adalah satu sistem tempahan janji temu atas talian (online) bagi urusan di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
JENIS URUSAN IMIGRESEN
Jenis urusan Imigresen yang boleh dibuat secara temujanji online adalah:
- Program Rekalibrasi Tenaga Kerja
- Program Rekalibrasi Pulang
- Bahagian Khidmat Ekspatriat
- Bahagian Visa, Pas & Permit
- Bahagian Keselamatan & Pasport
- Bahagian Pekerja Asing
- Bahagian Operasi, Siasatan & Pendakwaan
SYARAT PERMOHONAN SISTEM TEMUJANJI ONLINE (STO)
Syarat permohonan Sistem Temujanji Online (STO) adalah seperti berikut:
- Majikan telah mendaftar di Portal Rekalibrasi.
- Pekerja berstatus LAYAK dan telah dikeluarkan slip verifikasi oleh Imigresen.
- Majikan telah memperolehi kelulusan Kuota KSM dan LULUS FOMEMA.
DOKUMEN SOKONGAN
Pastikan anda membawa bersama dokumen sokongan seperti berikut:
- Dokumen syarikat dan pengenalan diri majikan
- Kelulusan kuota daripada KSM
- Resit asal bayaran wang cagaran
- Pasport asal dan salinan
- Slip verifikasi yang dikeluarkan oleh Imigresen
- Slip Skim Perlindungan Insuran Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) (kecuali SEKTOR PERLADANGAN)
CARA BUAT PERMOHONAN TEMUJANJI ONLINE
Cara-cara membuat permohonan temujanji online adalah seperti berikut:
- Klik: http://sto.imi.gov.my/e-temujanji/home.php
- Atau imbas kod QR dibawah
- Klik TERUSKAN.
- Pilih JABATAN, BAHAGIAN/CAWANGAN/UNIT, URUSNIAGA dan TARIKH TEMUJANJI.
- Klik Next selepas SLOT TEMUJANJI dipaparkan.
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik SUBMIT
- Klik OK untuk pengesahan
- Jangan lupa untuk cetak slip Temujanji untuk semakan.
Baca juga: Nak Renew Lesen Di Pejabat Pos? Ini Cara Buat Temujanji Online Pejabat Pos Untuk Urusniaga JPJ
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut berkaitan Temujanji Online Jabatan Imigresen Malaysia, sila dapatkan di pautan berikut:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.