Contoh Soalan Temuduga Pegawai Psikologi S41 (Klinikal) Untuk Rujukan Anda. Buat Ulangkaji Sebelum Terlambat!
Nak buat persediaan sebelum temuduga untuk jawatan Pegawai Psikologi S41 (Klinikal) nanti?
Anda boleh sahaja mendapatkan beberapa contoh soalan berdasarkan calon-calon yang pernah melalui pengalaman mengikuti temuduga untuk jawatan Pegawai Psikologi S41 (Klinikal) dan dikongsikan disini.
Anda juga boleh dapatkan beberapa info mengenai jawatan Pegawai Psikologi S41 (Klinikal) kerana soalan berkaitan jawatan merupakan salah satu soalan favourite panel penemuduga buat anda.
INFO RINGKAS JAWATAN PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41 (KLINIKAL)
Isi Kandungan
Antara info mengenai jawatan Pegawai Psikologi S41 (Klinikal) yang anda perlu ambil tahu ialah:
- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
- Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/Jabatan
- Gaji Minimum: RM2,078.00
- Gaji Maksimum: RM9,544.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM225.00
DESKRIPSI TUGAS
Kebiasannya ahli panel penemuduga akan bertanyakan mengenai deskripsi tugas mengikut jawatan yang anda pohon.
Deskripsi tugas Pegawai Psikologi S41 (Klinikal) ialah:
- Bertanggungjawab merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan bidang psikologi/psikologi klinikal/kaunseling kepada klien.
10 TIPS TEMUDUGA TSOI
Secara ringkasnya, dikongsikan 10 tips temuduga secara TSOI yang boleh anda amalkan iaitu:
- Berdoa
- Bersedia lebih awal
- Persediaan AVL
- Ketrampilan
- Salam
- Pandang lensa kamera
- Bercakap dengan jelas
- Fokus
- Tingkatkan keyakinan diri
- Buat latihan simulasi
Untuk info yang lebih lengkap, sila dapatkan di:
CONTOH SOALAN TEMUDUGA
Berikut adalah beberapa contoh soalan temuduga Pegawai Psikologi S41 (Klinikal) yang boleh dijadikan panduan untuk anda iaitu:
- Perkenalkan diri anda.
- Boleh tak ceritakan apakah tugas sebagai seorang Pegawai Psikologi S41 (Klinikal)?
- Dimana anda sedang bekerja sekarang?
- Bagaimanakah anda praktikkan kaunseling selepas bergradusi?
- Macam mana nak berurusan dengan klien yang lebih berusia?
- Bagaimana pula awak nak berurusan dengan pekerja yang tiba-tiba mendapati kerjanya tidak sesuai dengan dia?
- Boleh terangkan secara ringkas Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, misi dan visi KKM serta situasi yang berlaku sekarang?
- Terangkan kepada saya apa itu Intervensi Krisis.
- Ceritakan dengan ringkas tatacara ujian klinikal secara umum.
- Jika dihantar jauh dari keluarga awak sekarang, terima tak?
- Apakah sumbangan awak kepada negara berikutan situasi kesihatan yang sedang berlaku dalam negara sekarang?
- Anda ada apa-apa soalan?
Rujuk juga: Jangan Sebut “Tak Tahu” Dalam Temuduga Kerja SPA! Pantang Larang Temuduga
PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN
Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.
Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.
Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.